SKAS SARAWAK 2025 REGISTRATION (DAFTAR ONLINE BANTUAN)
Tahun baharu 2025 bakal menjelang! Inisitif baru Kerajaan Negeri Sarawak kepada Warga Sarawak juga akan turut dilaksanakan, dimana sebanyak RM450 juta akan diperuntukan.
Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan bermula tahun 2025, untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Sarawak, terutamanya bagi mereka yang terkesan oleh peningkatan kos sara hidup.
Bagaimanakah application skas sarawak? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN EKASIH RM100 (2025 BANTUAN SARA)
APA ITU BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) ialah inisiatif khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk membantu rakyat yang menetap di Sarawak dalam mengharungi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan isi rumah, khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
Bantuan ini telah membentangkan dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, dan bakal dilaksanakan bermula tahun 2025.
Sebanyak RM450 juta akan di peruntukan dan kira-kira seramai 850,000 akan mendapat manfaat ini. Penerima bantuan ini, layak menerima bantuan antara RM250 hingga RM800, bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing. Bantuan ini disediakan khusus untuk membeli bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak dan barangan keperluan lain untuk kelangsungan hidup.
SYARAT KELAYAKAN REGISTRATION SKAS SARAWAK 2025
Berikut adalah kelayakan untuk permohonan bantuan SKAS:
- Warga Sarawak yang menetap di Sarawak.
- Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah.
- Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 kebawah.
- Bujang berpendapatan RM2,500 kebawah.
Catatan : Bantuan ini adalah untuk pembelian bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, dan keperluan asas yang lain.
JUMLAH BANTUAN SKAS SARAWAK YANG AKAN DISALURKAN
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM800 |
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM400 |
Bujang Berpendapatan RM2,500 dan kebawah | RM250 |
JADUAL TARIKH MASUK BAYARAN SKAS SARAWAK
Tarikh rasmi bayaran belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan SKAS 2025, kami akan kemaskini apabila secara rasminya dihebahkan oleh pihak kerajaan Sarawak.
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN SKAS SARAWAK
Maklumat mengenai tarikh pembukaan dan penutupan permohonan akan dikemaskini dari masa ke semasa apabila telah diumumkan secara rasmi oleh Pihak Kerajaan Negeri Sarawak.
REGISTRATION SKAS SARAWAK DAN SEMAKAN STATUS
Laman web rasmi bantuan SKAS SARAWAK untuk permohonan, dan semakan masih belum dibuka. Sebarang maklumat terkini berkenaan pembukaan permohonan dan semakan bantuan SKAS 2025, pihak kami akan kemaskini secepat mungkin apabila secara rasminya diumumkan oleh Pihak Kerajaan Sarawak.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Portal Rasmi Kerajaan Sarawak: https://sarawak.gov.my/
- Saluran rasmi TV Sarawak: https://www.tvsarawak.my/
Kerajaan yang baik utamakan rakyat moga sentiasa berbakti pada negara,terbaik sentiasa maju ke hadapan,๐๐๐