PERMOHONAN EKASIH RM100 (2025 BANTUAN SARA)
Tahukah anda jika anda berdaftar eKasih, anda berpeluang menikmati pelbagai bantuan Kerajaan termasuklah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)/MyKasih sehingga RM1,200.
Untuk melayakkan anda menerima bantuan ini serta pelbagai inisiatif bantuan Kerajaan ini, anda hendaklah terlebih dahulu daftar eKasih (bagi golongan Miskin/Miskin Tegar), dan memohon bantuan STR. Hal ini kerana, salah satu syarat kelayakan bantuan ini mestilah berdaftar eKasih/Penerima bantuan STR.
Bagaimanakah permohonan ekasih sara rm100 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: MYKASIH 2025 REGISTRATION ONLINE (APPLICATION FORM BANTUAN SARA)
APA ITU EKASIH
Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu, merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Bagi melayakkan diri untuk memohon bantuan ekonomi Kerajaan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA)/ MyKasih atau STR, anda perlu disahkan berdaftar di dalam sistem eKasih terlebih dahulu (bagi mereka Miskin/Miskin Tegar).
Mereka yang terdiri daripada golongan BUKAN Miskin/Miskin Tegar, untuk menerima bantuan tambahan kerajaan SARA/MyKasih ini, anda hendaklah memohon bantuan STR terlebih dahulu dan berstatus lulus, kemudian bayaran akan dilakukan secara automatik.
Untuk makluman anda, penerimaan bantuan ini adalah secara tanpa tunai (cashless) dimana bantuan akan disalurkan kedalam MyKad pemohon untuk membuat pembelian barangan keperluan asas harian seperti makanan, dan barangan keperluan lain. Pembelian ini mestilah dilalukan di kedai-kedai yang berdaftar MyKasih/ menerima bayaran MyKasih.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN EKASIH 2025
Kategori kelayakan pendafaran eKasih seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
- Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri.
Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN SARA
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN EKASIH RM100
Untuk mendapatkan bantuan tambahan Kerajaan SARA (MyKasih), pemohon mestilah mendaftar dan berstatus lulus eKasih dan MySTR.
Pendaftaran eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
- Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; atau
- Hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx - Selesai.
- Kemudian anda hendaklah melakukan permohonan STR.
Permohonan STR 2025 adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
TALIAN BANTUAN PERMOHONAN EKASIH
Berikut merupakah kaedah yang boleh dilakukan individu atau orang awam untuk pendaftaran eKasi
- Hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang berdekatan untuk mendaftar permohonan, atau;
- Mendaftar melalui Pemimpin Tempatan/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)/ Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), atau;
- Membuat permohonan melalui talian mengikut negeri masing-masing:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
KADAR BANTUAN
Jumlah Bantuan SARA (MyKasih) 2025 adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 ) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 | RM 900 |
Warga emas tiada anak | RM 1200 | RM 450 |
Bujang | RM 600 | – |
Nota : Bantuan SARA (MyKasih) mestilah berdaftar eKasih (Miskin Tegar), dan penerima bantuan STR. Bayaran akan dilakukan secara berperingkat sama ada RM50/RM100, dalam tempoh 12 bulan.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 2025
Bagi kategori penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih, bayaran akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat. Manakala, penerima BUKAN Miskin dan Miskin Tegar, bayaran bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025.
Penyaluran bantuan akan dilakukan secara cashless (tanpa tunai), dimana wang akan disalurkan kedalam MyKad penerima yang berdaftar di eKasih/MySTR. Penerima boleh membuat pembayaran barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad di kedai atau pasaraya terpilih.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.
Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.