SEMAKAN STATUS SARA 2026 KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN STATUS SARA 2026 KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Bahawasanya Bantuan SARA disalurkan secara automatik kepada penerima yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan tanpa perlu kemukakan sebarang permohonan. Oleh itu, rakyat dewasa Malaysia disarankan untuk semak status kelayakan dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah cara semakan status kelayakan penerima SARA? Ikuti panduan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS BAYARAN MYKASIH DALAM MYKAD BULAN MEI

KADAR KREDIT BANTUAN SARA 2026

Kategori seperti Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang dari kalangan ‘Miskin Tegar’ akan terima Bantuan SARA dengan kadar lebih tinggi berbanding penerima dari kalangan ‘Bukan Miskin’ seperti berikut :

KATEGORIPENERIMA
MISKIN TEGAR
PENERIMA
BUKAN MISKIN
Isi RumahRM200 sebulan
hingga
RM2,400 setahun
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
Warga EmasRM150 sebulan
hingga
RM1,800 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
BujangRM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA SARA 2026

Penerima yang dari kalangan ‘Miskin Tegar’ dan ‘Bukan Miskin’ dipilih berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan tanpa perlu kemukakan sebarang permohonan :

KRITERIAKELAYAKAN
MISKIN TEGAR
KELAYAKAN
BUKAN MISKIN
Warga
negara
MalaysiaMalaysia
KategoriIsi Rumah,
Warga Emas
dan
Bujang
Isi Rumah,
Warga Emas
dan
Bujang
Had UmurTiada had : Isi Rumah
>60 tahun : Warga Emas
21 – 59 tahun : Bujang
Tiada had : Isi Rumah
>60 tahun : Warga Emas
21 – 59 tahun : Bujang
Kadar
Pendapatan
Bawah Garis Kemiskinan
dan tersenarai dalam
sistem data e-Kasih
RM2,500 sehingga
RM5,000 sebulan
Status STR
2026
LulusLulus

SEMAKAN STATUS SARA 2026 KELAYAKAN

Ikuti panduan lengkap cara semakan status kelayakan Bantuan SARA di portal rasmi seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
SARA
(Sumbangan Asas Rahmah)
https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/
  1. Pergi ke Portal Rasmi SARA (klik pautan tertera di atas 👆).
  2. Anda akan dibawa ke Portal Rasmi SARA.
  3. Scroll skrin sedikit ke bawah.
  4. Klik pada butang [Semak Kelayakan SARA].
  5. Masukkan Nombor MyKad* anda pada ruang tersebut.
  6. Tandakan pada [ ] ‘Verify you are human‘.
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan penerima SARA akan dipaparkan.
  9. Selesai.

JADUAL KREDIT BANTUAN SARA 2026

Pihak Kerajaan telah menetapkan jadual kredit Bantuan SARA untuk tahun 2026 bermula dari bulan Januari hingga Disember mengikut tarikh seperti berikut :

TARIKH KREDITSTATUS
9 & 16 Januari 2026✅
1 Februari 2026✅
1 Mac 2026✅
1 April 2026✅
1 Mei 2026✅
1 Jun 2026🔜
1 Julai 2026🔜
1 Ogos 2026🔜
1 September 2026🔜
1 Oktober 2026🔜
1 November 2026🔜
1 Disember 2026🔜
*Catatan : Status bertanda ‘✅’ telah dikreditkan. Manakala status yang bertanda ‘🔜’ bakal dikreditkan pada tarikh yang dinyatakan.

CARA TERIMA KREDIT BANTUAN SARA 2026

Setiap penerima yang disahkan layak akan terima kredit Bantuan SARA melalui ‘🪪’ Kad Pengenalan masing-masing yang boleh digunakan untuk pengesahan pembelian barang keperluan asas di mana-mana peruncit yang berdaftar.

Tetapi Bantuan SARA yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan TIDAK boleh digunakan untuk :

  • Bayar bil elektrik / bil telefon;
  • Barang elektronik;
  • Pakaian selain seragam sekolah;
  • Rokok / vape;
  • dan sebagainya yang tiada dalam senarai.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment