SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 100 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Daripada 8.1 juta penerima, hanya sebahagian sahaja yang disahkan layak menerima bayaran Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk penjagaan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan sebagainya.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKasih RM100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SARA 2026 KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
JADUAL BAYARAN BANTUAN MYKASIH 100 2026
Bayaran Bantuan MyKasih bernilai RM100 disalurkan ke dalam MyKad setiap penerima yang layak pada tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| JUMLAH BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| RM100 | 09 & 16/01/2026 (Jumaat) |
| RM100 | 01/02/2026 (Ahad) |
| RM100 | 01/03/2026 (Ahad) |
| RM100 | 01/04/2026 (Rabu) |
| RM100 | 01/05/2026 (Jumaat) |
| RM100 | 01/06/2026 (Isnin) |
| RM100 | 01/07/2026 (Rabu) |
| RM100 | 01/08/2026 (Sabtu) |
| RM100 | 01/09/2026 (Selasa) |
| RM100 | 01/10/2026 (Khamis) |
| RM100 | 01/11/2026 (Ahad) |
| RM100 | 01/12/2026 (Selasa) |
SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN MYKASIH 100 2026
Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 khusus diberikan kepada dua (2) kategori, iaitu :
- Isi Rumah; dan
- Bujang.
Yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN ISI RUMAH | KELAYAKAN BUJANG |
|---|---|---|
| Warganegara | Malaysia | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur | 21 hingga 59 tahun |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Balu / bercerai (ada anak masih tanggungan) | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada anak masih tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | RM2,500 sehingga RM5,000 sebulan | Bawah garis kemiskinan dan tersenarai e-Kasih |
| Permohonan STR | Lulus | Lulus |
SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 100 2026
Bagi yang belum mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih, sila ikuti cara semak status seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
- Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
- [SARA Untuk Semua RM100One-Off]
- [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100One-Off]
- Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100One-off].
- Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
- Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH 100 2026
Ikuti cara mudah untuk guna Bantuan MyKasih bernilai RM100 seperti berikut :
- Pergi ke peruncit yang berdaftar dengan MyKasih (https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Pilih barang keperluan asas yang ada label MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan imbas setiap barang yang diambil.
- Transaksi bayaran akan disahkan guna MyKad penerima.
- Resit bayaran akan diberikan.
*Perlu diingatkan bahawa penerima Bantuan MyKasih RM100 hendaklah membuat pembelian tidak melebihi baki yang ada dalam MyKad. Sekiranya melebihi, penerima perlu bayar lebihan tersebut secara tunai.
TARIKH AKHIR GUNA BANTUAN MYKASIH 2026
Walaupun Bantuan MyKasih dikreditkan setiap bulan dari Januari hingga Disember, penerima perlu mengetahui tarikh akhir penggunaan Bantuan MyKasih untuk beli barang keperluan asas adalah pada tarikh seperti berikut :
| TEMPOH GUNA | TARIKH AKHIR GUNA |
|---|---|
| 12 bulan | 31/12/2026 (Khamis) |
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.