SARA BULANAN DALAM MYKAD – JADUAL BAYARAN 2026

SARA BULANAN DALAM MYKAD – JADUAL BAYARAN 2026

Terkini! Elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk bayaran FASA Ogos, kini telah dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak, dengan amaun diberikan mengikut kelayakan masing-masing.

Jika anda ingin mengetahui jadual bayaran SARA bulanan dalam MyKad 2026, kadar kelayakan mengikut kategori, serta cara menyemak baki elaun secara dalam talian, ikuti panduan lengkap dan sahih di bawah.

Bagaimanakah semakan jadual bayaran sara bulanan dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK DUIT MYKASIH 2026

JADUAL BAYARAN SARA BULANAN DALAM MYKAD

Penyaluran bantuan SARA Bulanan 2026 dikreditkan terus ke MyKad secara bulanan bermula Januari 2026 sehingga Disember 2026 mengikut ketetapan berikut :

TARIKH BAYARANKATEGORI PENERIMA
9 Januari 2026Isi Rumah & Warga Emas
6 Januari 2026Bujang
1 Februari 2026Semua Kategori
1 Mac 2026Semua Kategori
1 April 2026Semua Kategori
1 Mei 2026Semua Kategori
1 Jun 2026Semua Kategori
1 Julai 2026Semua Kategori
1 Ogos 2026Semua Kategori
1 September 2026Semua Kategori
1 Oktober 2026Semua Kategori
1 November 2026Semua Kategori
1 Disember 2026Semua Kategori

AMAUN BAYARAN SARA BULANAN 2026

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan dalam MyKad penerima yang layak seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA BULANAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

Catatan : Tiada borang permohonan khas diperlukan untuk SARA. Kelayakan ditentukan secara automatik berdasarkan kelulusan permohonan STR 2026.

SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAKI SARA BULANAN ONLINE

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  3. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  4. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  5. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  7. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026

TEMPOH SAH SARA BULANAN

Elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh digunakan oleh penerima sehingga :

TEMPOH SAH BANTUANTARIKH AKHIR/LUPUT
12 Bulan31 Disember 2026

CARA GUNA MYKAD BELI BARANG DAPUR SARA

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

PERTANYAAN & SALURAN BANTUAN RASMI

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Penafian : Penulisan ini disediakan untuk tujuan panduan umum sahaja berdasarkan sumber sahih Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026 dan Portal Rasmi SARA bagi tujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan info terkini berkaitan Sumbangan Asas Rahmah 2026. Pihak kami tidak meminta sebarang maklumat peribadi pembaca. Sebarang semakan kelayakan rasmi mestilah dilakukan secara terus menerusi Portal Rasmi SARA (sara.gov.my).

Leave a Comment