SENARAI BARANG BANTUAN SARA – YANG BOLEH BELI GUNA MYKAD
Adakah anda salah seorang penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA)? Bantuan SARA bernilai sehingga RM2,400 ini diberikan secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan (MyKad) untuk membeli barang keperluan harian.
Namun, ramai penerima masih keliru tentang senarai barang Bantuan SARA yang dibenarkan dan kedai/pasar raya yang menyokong sistem pembayaran MyKasih ini.
Dalam artikel ini, kami kongsikan panduan lengkap senarai barang Bantuan SARA 2026, kategori barangan diluluskan, cara pembelian di kaunter, serta had bayaran mengikut kategori penerima.
BACA JUGA : BANTUAN OKU BULANAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN
SENARAI BARANG BANTUAN SARA
Antara barang Bantuan SARA yang boleh dibeli denga menggunakan MyKad adalah termasuk :
- Barang dapur asas :
- Beras, tepung wheat/gandum, minyak masak (botol/paket), telur ayam, mi segera, bihun dan sebagainya.
- Makanan Dalam Tin :
- Sardin, tuna, kurma tin, sup tin, kacang panggang, dan makanan dalam tin yang diluluskan.
- Bahan Perasa & Sos :
- Kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram, gula, garam dan rempah-ratus serta bahan perasa makanan.
- Makanan Sejuk Beku (Frozen Food) :
- Ayam sejuk beku, daging, burger, nuget, bebola daging/ikan, dan kepingan roti canai sejuk beku.
- Makanan Ringan & Bijirin :
- Roti, biskut, bijirin sarapan pagi (oats/cornflakes).
- Perasa Minuman & Susu :
- Susu tepung, susu pekat/cair, teh, kopi, dan minuman coklat (seperti Milo/Ovaltine).
- Produk penjagaan diri :
- Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, syampu rambut, pembersih muka, tuala wanita dan sebagainya.
- Keperluan Asas Bayi & Kanak-Kanak :
- Lampin pakai buang (diapers), susu formula bayi (brand terpilih), dan sabun mandian bayi.
- Ubat-Ubatan & Kesihatan Asas :
- Paracetamol (Panadol), ubat batuk, pembalut luka, dan produk farmasi asas yang diluluskan KKM.
- Peralatan & Barangan Persekolahan Anak :
- Buku tulis, alat tulis (pensel/pen), pakaian seragam sekolah, dan kasut sekolah.
- Produk Kebersihan Rumah :
- Sabun pencuci pakaian (serbuk/cecair), cecair pencuci pinggan, dan pencuci lantai.
- Barang Keperluan Isirumah Asas Lain :
- Barangan domestik ringan mengikut kelulusan kedai MyKasih.
Nota Penting:
Barangan bukan keperluan seperti rokok, minuman beralkohol, pakaian dewasa (bukan sekolah), dan barangan elektronik TIDAK BOLEH dibeli menggunakan akaun SARA MyKad.
HAD PEMBELIAN BARANG BANTUAN SARA
Penerima isi rumah, warga emas dan bujang dihadkan buat pembelian mengikut jumlah Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad seperti berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN | HAD SETIAP BULAN | HAD SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 | RM2,400 |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 | RM1,800 |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 | RM1,200 |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 | RM1,200 |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 | RM600 |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 | RM600 |
CARA BELI BARANG BANTUAN SARA
Mudah sahaja proses untuk beli barang guna Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad, anda boleh ikuti cara-cara seperti berikut :
- Semak Pasar Raya / Kedai Runcit Berdaftar
- Buka portal rasmi Semakan Kedai Runcit MyKasih untuk mencari kedai berdekatan anda (contoh: Mydin, Econsave, Lotus’s, Giant, Speedmart 99, atau kedai runcit terpilih).
- Pilih Barang Keperluan
- Pilih mana-mana barangan yang tergolong dalam senarai barang Bantuan SARA yang dibenarkan.
- Maklumkan Kepada Juruwang (Cashier)
- Semasa di kaunter bayaran, maklumkan anda ingin membuat bayaran menggunakan “Bantuan SARA MyKad”.
- PENGESAHAN MYKAD & PIN
- Serahkan MyKad anda kepada juruwang untuk diimbas. Juruwang akan mengesahkan baki akaun anda. Masukkan 6-digit nombor PIN MyKad (jika diminta) untuk pengesahan keselamatan.
- Simpan Resit Pembelian
- Dapatkan resit rasmi. Resit ini akan memaparkan senarai barang yang dibeli serta baki terkini Bantuan SARA anda.
TARIKH BELI BARANG BANTUAN SARA
Setiap penerima perlu mengetahui tarikh kredit, tempoh beli dan tarikh tamat Bantuan SARA untuk tahun 2026 seperti jadual berikut :
| TARIKH KREDIT | TEMPOH BELI | TARIKH TAMAT |
|---|---|---|
| 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 12 bulan (Januari hingga Disember) | 31 Disember 2026 |
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SARA
- Adakah saya boleh membeli barang selain dalam senarai Bantuan SARA?
- Tidak boleh. Sistem MyKasih akan secara automatik mengesan Kod Bar (Barcode) barangan. Jika barang tersebut tidak termasuk dalam senarai yang diluluskan, akaun SARA anda tidak dapat membiayai item tersebut dan anda perlu membayarnya menggunakan wang tunai sendiri.
- Bagaimana jika jumlah pembelian melebihi baki akaun SARA saya?
- Jika jumlah keseluruhan pembelian melebihi baki SARA dalam MyKad, anda hanya perlu membayar baki selebihnya menggunakan wang tunai atau e-wallet/kad bank secara berasingan.
- Di mana saya boleh buat semakan baki Bantuan SARA?
- Anda boleh menyemak baki elaun Bantuan SARA melalui resit pembelian terakhir atau layari portal rasmi MyKasih SARA Checkstatus.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA MOF : 03-7720 1800
- E-mel SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.