SEMAKAN SARA 2026 KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Inisiatif Bantuan SARA iaitu Sumbangan Asas Rahmah telah disalurkan secara ansur setiap bulan dan juga sekaligus mengikut kelayakan 22 juta penerima dari pelbagai kategori dan pendapatan (B40, M40 dan termasuk T20).
Bagaimanakah semakan kelayakan penerima SARA? Rujuk info dan panduan di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH 2026 RM100 SEMAKAN : STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK
JENIS BAYARAN SARA 2026
Terdapat dua (2) jenis bayaran Bantuan SARA, iaitu :
| JENIS BAYARAN | KETERANGAN |
|---|---|
| Bayaran SARA Bulanan | Dibayar secara ansur setiap bulan melalui Kad Pengenalan penerima yang lulus permohonan STR dan yang tersenarai dalam rekod data e-Kasih |
| Bayaran SARA One-Off | Dibayar secara terus sekaligus melalui Kad Pengenalan penerima rakyat dewasa Malaysia serta penerima sedia ada (di atas) |
KADAR BAYARAN SARA 2026
Masing-masing penerima akan menerima bayaran Bantuan SARA Bulanan dan Bantuan SARA One-Off dengan kadar sebanyak berikut :
- Bayaran SARA Bulanan :
| BAYARAN UNTUK PENERIMA STR DAN EKASIH | BAYARAN UNTUK PENERIMA STR SAHAJA |
|---|---|
| Isi Rumah : RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun | Isi Rumah : RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas : RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun | Warga Emas : RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
| Bujang : RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun | Bujang : RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
- Bayaran SARA One-Off :
| SEMUA PENERIMA (SEDIA ADA & BAHARU) |
|---|
| Isi Rumah : RM100 sekaligus |
| Warga Emas : RM100 sekaligus |
| Bujang : RM100 sekaligus |
TARIKH BAYARAN SARA 2026
Bantuan SARA Bulanan dan Bantuan SARA One-Off dibayar pada tarikh yang berbeza ditetapkan seperti jadual berikut :
| JENIS BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Bayaran SARA Bulanan | 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
| Bayaran SARA One-Off | 9 Februari 2026 |
SEMAKAN SARA 2026 KELAYAKAN
Untuk yang ingin mengetahui status kelayakan sama ada layak menerima bayaran Bantuan SARA Bulanan dan Bantuan SARA One-Off, ikuti cara semakan lebih lanjut di bawah :
- Layari laman web rasmi SARA di pautan ini : https://sara.gov.my/.
- Laman web rasmi SARA akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 84XXXXXXXXXX.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan dan SARA One-Off akan dipaparkan mengikut kelayakan penerima.
- Selesai.
CARA GUNA SARA 2026
Kedua-dua Bantuan SARA yang dibayar secara bulanan dan one-off boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas seperti cara berikut :
- Kunjungi premis yang berdaftar dengan SARA (kedai runcit / pasar mini / pasar raya).
- Pilih barang keperluan asas yang ada label SARA pada rak tanda harga.
- Tunjukkan Kad Pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih.
- Transaksi bayaran akan disahkan guna Kad Pengenalan penerima.
- Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi SARA : 03-7720 1800
- E-mel Rasmi SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.