BANTUAN MYKASIH SARA 2026 : SEMAK KELAYAKAN & BAYARAN
Seperti yang diketahui, Bantuan MyKasih SARA adalah merujuk kepada program bantuan tambahan tanpa tunai (Sumbangan Asas Rahmah) yang disalurkan untuk membantu rakyat B40 dan M40 dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Bagaimanakah semak kelayakan dan bayaran Bantuan MyKasih SARA? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN IC – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
KADAR BANTUAN MYKASIH SARA 2026
Setiap kategori penerima B40 dan M40 akan terima bayaran MyKasih SARA sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (PENERIMA B40) | KADAR BANTUAN (PENERIMA M40) |
|---|---|---|
| ISI RUMAH | RM200 sebulan x 12 bulan = RM2,400 | RM100 sebulan x 12 bulan = RM1,200 |
| WARGA EMAS | RM150 sebulan x 12 bulan = RM1,800 | RM50 sebulan x 12 bulan = RM600 |
| BUJANG | RM100 sebulan x 12 bulan = RM1,200 | RM50 sebulan x 12 bulan = RM600 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH SARA 2026
Berikut merupakan tarikh dan hari bayaran MyKasih SARA untuk tahun ini :
- 09 & 16 Januari 2026 (Jumaat).
- 01 Februari 2026 (Ahad).
- 01 Mac 2026 (Ahad).
- 01 April 2026 (Rabu).
- 01 Mei 2026 (Jumaat).
- 01 Jun 2026 (Isnin).
- 01 Julai 2026 (Rabu).
- 01 Ogos 2026 (Sabtu).
- 01 September 2026 (Selasa).
- 01 Oktober 2026 (Khamis).
- 01 November 2026 (Ahad).
- 01 Disember 2026 (Selasa).
CARA TERIMA BAYARAN BANTUAN MYKASIH SARA
Bagi memudahkan penerima untuk menerima bayaran MyKasih SARA, kerajaan akan menyalurkannya melalui cara seperti berikut :
| CARA TERIMA BAYARAN | PLATFORM |
|---|---|
| Terima bayaran secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan | Dalam Kad Pengenalan (KP) |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH SARA
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima MyKasih SARA yang ditetapkan oleh Kerajaan :
- Warganegara Malaysia;
- Kategori Umur :
- Isi Rumah – Tiada had umur;
- Warga Emas – 60 tahun dan ke atas;
- Bujang – 21 hingga 59 tahun.
- Kadar Pendapatan :
- B40 : Pendapatan bawah RM2,500 atau bawah garis kemiskinan (e-Kasih);
- M40 : Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan.
- Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026.
SEMAK KELAYAKAN & BAYARAN BANTUAN MYKASIH SARA
Kelayakan penerima dan status bayaran MyKasih SARA dari semasa ke semasa boleh disemak secara online melalui laman web rasmi seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi MyKasih SARA di sini : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.
- Halaman utama MyKasih SARA akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
- Isikan ruangan ‘No.MyKad*’ dengan nombor kad pengenalan anda.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Sahkan anda bukan robot dengan klik [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima dan status bayaran akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.