SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF 2024 : CHECK SEKARANG
Kementerian Kewangan (MOF) telah merekodkan data penerima yang akan menerima Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) adalah seramai 8.0 juta rakyat dewasa Malaysia yang melibatkan isi rumah, warga emas dan juga bujang yang tiada dalam pengkalan data Kemiskinan Nasional e-Kasih.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sara one off? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SARA ONE OFF TERBARU : CHECK STATUS SEKARANG
JUMLAH PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Rakyat dewasa Malaysia yang akan menerima Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) adalah seramai :
KELAYAKAN KATEGORI | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Isi Rumah (Berpasangan & Tunggal) | 3.5 juta penerima |
Bujang (Belia & Warga emas) | 4.5 juta penerima |
Keseluruhan : 8.0 juta penerima |
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Terdapat dua (2) kaedah penerimaan Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) iaitu :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan penerima.
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Seramai 8.0 juta penerima akan menerima Bantuan SARA secara one-off pada tarikh berikut :
JENIS PENERIMA | TARIKH PENERIMAAN |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | Bermula 9 Disember 2024 (dikreditkan secara berperingkat ke dalam akaun bank) |
Penerima Tiada Akaun Bank | 9 Disember 2024 (boleh mula mengambil tunai di kaunter BSN) |
JUMLAH BANTUAN SARA YANG AKAN DITERIMA ONE OFF
Jumlah Bantuan SARA yang akan diterima secara one-off oleh setiap penerima yang tiada dalam pengkalan data Kemiskinan Nasional adalah seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BANTUAN SARA YANG AKAN DITERIMA |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan bawah RM2,500 | RM300 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | RM300 |
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BANTUAN SARA YANG AKAN DITERIMA |
---|---|
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM150 |
Bujang Umur 60 tahun dan ke atas | RM150 |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Untuk mengetahui nama anda terpilih sebagai penerima Bantuan SARA secara one-off atau tidak, sila semak pada pautan di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.