SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 150 SARA ONE OFF 2024 : CHECK SEKARANG
Daripada 8.0 juta nama penerima yang dicatatkan layak menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) namun hanya 4.5 juta sahaja nama penerima yang layak untuk menerima Bantuan SARA bernilai sebanyak RM150 secara one-off pada awal Disember ini.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 150 sara one off? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 300 SARA ONE OFF : CHECK SEKARANG
TARIKH BAYARAN BANTUAN 150 SARA ONE OFF 2024
Seramai 4.5 juta nama penerima yang disahkan akan mula menerima bayaran Bantuan SARA secara one-off mengikut tarikh yang ditetapkan iaitu bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) melalui dua (2) kaedah bayaran yang berbeza.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN 150 SARA ONE OFF
Terdapat dua (2) kaedah bayaran Bantuan SARA yang bernilai RM150 iaitu :
- Dibayar secara one-off ke dalam akaun bank penerima :
- Bagi penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif.
- Dibayar secara one-off di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) :
- Bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
KADAR IMPLIKASI BANTUAN 150 SARA ONE OFF
Berikut merupakan kadar implikasi kewangan untuk Bantuan SARA yang bernilai RM150 :
JUMLAH BANTUAN | BILANGAN PENERIMA | KADAR IMPLIKASI |
---|---|---|
RM150 | 4.5 juta penerima | RM0.7 billion |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 150 SARA ONE OFF 2024
Hanya rakyat yang memenuhi syarat kelayakan berikut akan dipilih untuk menerima Bantuan SARA yang bernilai RM150 secara one-off :
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan penerima STR 2024;
- Berstatus bujang / balu / duda / janda tiada anak;
- Pendapatan bawah RM5,000 sebulan;
- Berumur 21 hingga 59 tahun; atau
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Bukan penerima Miskin / Miskin Tegar.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 150 SARA ONE OFF 2024
Ikuti cara semakan nama penerima Bantuan SARA one-off yang bernilai RM150 seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.