SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 450 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG
MyKad atau kad pengenalan diri rakyat Malaysia dicipta berasaskan cip yang membolehkan kad tersebut digunakan untuk menerima bantuan tunai daripada kerajaan melalui Bantuan SARA dan boleh digunakan untuk pembelian secara tanpa tunai (cashless) di mana-mana kedai terpilih seluruh Malaysia.
Apa itu bantuan mykad dan bagaimanakah semakan nama penerima? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 150 SARA ONE OFF : CHECK SEKARANG
APA ITU BANTUAN 450 MYKAD 2024
Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad adalah di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang khas kepada penerima STR berstatus Miskin dan Miskin Tegar e-Kasih yang dikreditkan ke dalam MyKad setiap bulan selama tempoh 12 bulan.
Kini, Bantuan SARA juga dikreditkan secara tunai ke dalam akaun bank penerima dan pengambilan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) secara one-off (sekaligus) kepada penerima bukan Miskin dan Miskin Tegar e-Kasih.
JADUAL KREDIT BANTUAN 450 MYKAD 2024
Berikut merupakan jadual pengkreditan Bantuan ke dalam MyKad penerima :
JENIS PENGKREDITAN | TARIKH DIKREDITKAN |
---|---|
Ke dalam MyKad penerima | 01 Disember 2024 (Ahad) |
Tunai di kaunter BSN | 09 Disember 2024 (Isnin) |
Ke dalam akaun bank penerima | 09 Disember 2024 (Isnin) |
AMAUN BANTUAN MYKAD 2024 YANG DIKREDITKAN
Berikut merupakan amaun Bantuan SARA yang dikreditkan kepada penerima mengikut kelayakan :
JENIS PENGKREDITAN | AMAUN YANG DIKREDITKAN |
---|---|
Ke dalam MyKad penerima | Isi Rumah : RM1,200 (RM100 sebulan). Bujang : RM600 (RM50 sebulan). Warga emas : Rm1,200 (RM100 sebulan). |
Tunai di kaunter BSN atau Dalam akaun bank penerima | Isi Rumah : RM300 sekaligus. Bujang : RM150 sekaligus. Warga emas : RM150 sekaligus. |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 450 MYKAD 2024
Untuk mengetahui nama penerima yang layak menerima Bantuan dalam MyKad, semakan boleh dilakukan di pautan rasmi seperti di bawah :
- Sila layari pautan semakan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan nombor Mykad pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada [Pautan Portal Rasmi MyKasih] di bawah.
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Sila masukkan nombor MyKad* dan klik butang [Semakan Status].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.