SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Berita terkini! Bantuan SARA one off RM 300 dan RM 150 akan disalurkan tidak lama lagi. Sila buat semakan untuk mengetahui status kelayakan permohonan, dan kemasukan bayaran disini.
Berikut disertakan maklumat lengkap mengenai SARA one off 2024 untuk panduan dan rujukan anda semua.
Bagaimanakah semakan bayaran sara one off 2024? Ikuti maklumat lanjut di sini.
Baca juga: SKAS SARAWAK REGISTER (ONLINE 2025 BANTUAN)
APA ITU SARA ONE OFF
Bantuan tambahan tunai SARA one off 2024 merupakan bantuan kerajaan Madani, dimana ianya akan diberikan secara one off (sekaligus) sebanya RM 300 / RM 150 kepada kesemua penerima bantuan STR 2024, dimana mereka yang BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar juga akan turut menerima bantuan ini.
Kadar bantuan yang disediakan adalah mengikut kategori kelayakan individu. Kaedah penyaluran dan pemberian bantuan ini juga adalah sama seperti pembayaran STR iaitu secara TUNAI, sama ada melalui pengkreditan ke dalam akaun penerima dan penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.
SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF 2024
Anda boleh rujuk status syarat kelayakan bantuan sara one off 2024 seperti berikut:
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
- Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
CARA PERMOHONAN BANTUAN
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah one off ini tidak perlu membuat permohonan. Hal ini kerana, ianya adalah bantuan tambahan STR Fasa 4 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani kepada penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bermaksud kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara automatik akan terima bantuan SARA ONE OFF ini sekiranya semakan status adalah lulus.
TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Berdasarkan siaran media pihak kerajaan, bantuan ini akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
Kaedah bantuan ini akan disalurkan seperti bantuan STR dimana akan dimasukkan secara tunai ke akaun bank penerima manakala yang tiada akaun bank boleh lakukan penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN SARA
Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:
KATEGORI PENERIMA STR BUKAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM 300 |
Warga emas tanpa pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF
Penerima yang layak menerima bantuan one-off adalah mereka yang lulus dan penerima bantuan STR (berstatus lulus). Anda boleh membuat semakan menerusi portal rasmi STR, dan status kelayakan akan dipaparkan di laman rasmi STR.
Panduan lengkap Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 seperti berikut:
- Sila tekan link semakan SARA one off 2024 di sini
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
e-Mel : [email protected]
Bagaimana ingin memohon
Cik Sye tk dapat MCN mne ye 23 tk dapat duik pemuda
Saya tidak blh log in
Tolong semak nama AZUAN BIN AZLAN
bayaran one /off ni setiap bulan atau sekali setahun
Sekali sahaja bulan Disember ini pembayaran akan dilakukan.