SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2025 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
Untuk makluman anda, SARA MyKasih ini telah dilaksanakan dari tahun 2023 lagi. Mulai tahun 2025, bantuan tidak lagi terhad kepada golongan berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih sahaja. Bermula tahun hadapan, program ini akan ditambah baik dengan peluasan kelayakan penerima, membolehkan lebih ramai individu mendapatkan manfaat bantuan ini.
Untuk mengetahui jika anda layak menerima bantuan ini, semakan boleh dilakukan secara atas talian.
Bagaimanakah semakan bantuan mykasih rm1200 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN 100 MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
APA ITU BANTUAN MYKASIH 2025
Sebelum ini bantuan dibawah Program MyKasih iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) hanya berfokuskan kepada mereka yang dari golongan Miskin/Miskin Tegar eKasih.
Namun, bermula tahun 2025, bantuan ini telah ditambah baik oleh kerajaan dimana individu yang lulus dan merupakan penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 yang BUKAN dari Miskin/Miskin Tegar eKasih juga akan turut berpeluang menerima bantuan ini.
Pengagihan wang bantuan ini adalah secara TANPA TUNAI, dimana wang akan dimasukkan kedalam MyKad penerima bantuan secara bulanan mengikut kategori kelayakan individu, dan akan digunakan oleh individu untuk membuat pembelian barangan keperluan asas seperti makanan, pakaian.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2025
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
KAEDAH SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2025
Status kelayakan bantuan boleh disemak melalui kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PANDUAN SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2025 DI PORTAL MYSTR
Check status kelayakan di portal MySTR seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
- Selesai.
PANDUAN SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2025 DI PORTAL MYKASIH
Semakan status kelayakan di portal MyKasih seperti berikut:
- Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan
- Kemudian, tekan pada bahagian [Semak Status]
pada Semakan pelaksanaan SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) - Bahagian semakan akan dipaparkan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
- Klik Semakan Status
- Maklumat Pembayaran (Jika Anda Layak)
- Selesai.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.
TARIKH PENGKREDITKAN BANTUAN
Pengagihan dan bayaran bagi Kategori Miskin/Miskin eKasih dengan BUKAN Miskin/Miskin eKasih seperti berikut:
- Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih – Bermula Januari 2025
- Penerima STR 2025 (BUKAN Miskin/Miskin Tegar eKasih) – Bermula April 2025
JUMLAH BANTUAN
Kadar bantuan yang akan disalurkan kedalam Mykad penerima adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 – BUKAN MISKIN/MISKIN TEGAR eKasih) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 (Penyaluran bulanan RM 100) | RM 900 (RM 100 Sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (Penyaluran bulanan RM 100) | RM 450 (RM 50 Sebulan) |
Bujang | RM 600 (Penyaluran bulanan RM 50) | – |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]