BANTUAN 100 MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

BANTUAN 100 MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Berita baik! Program Bantuan MyKad (SARA) akan diteruskan lagi oleh Kerajaan pada tahun 2025, dengan peruntukan yang tertinggi pernah diberikan Kerajaan demi kesejahteraan rakyat dalam menangani kos sara hidup.

Dalam Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan manfaat peruntukan STR dan SARA 2025 akan ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini.

Bagi yang belum mengetahui kelayakan bantuan ini, semakan boleh dilakukan di Portal Rasmi.

Bagaimanakah cara semak status kelayakan bantuan 100 mykad 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN MYKAD RM1200 2025 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

APA ITU BANTUAN MYKAD 2025

Bantuan MyKad Madani ialah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)/MyKasih dimana ianya merupakan inisiatif Kerajaan bagi memenuhi keperluan barangan asas rakyat.

Bantuan ini merupakan bantuan TANPA TUNAI dimana wang akan disalurkan kedalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima khusus untuk membuat pembelian barangan keperluan asas di Kedai runcit berdaftar MyKasih.

Mulai tahun 2025, kategori kelayakan penerima akan ditambah baik dimana bantuan akan diberikan kepada golongan Miskin/Miskin Tegar eKasih, dan Penerima STR 2025 (BUKAN Miskin/Miskin Tegar eKasih.
Bantuan ini diberikan secara bulanan kepada penerima yang berstatus lulus, sebanyak RM100/RM50 sebulan bergantung pada kategori kelayakan masing-masing.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2025

Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

SEMAKAN BANTUAN 100 MYKAD 2025

Status kelayakan bantuan dan bayaran boleh disemak melalui kaedah seperti berikut:

PANDUAN SEMAKAN BANTUAN 100 MYKAD 2025 DI PORTAL MYSTR

Semakan status kelayakan di portal MySTR seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
  7. Selesai.

PANDUAN SEMAKAN BANTUAN 100 MYKAD 2025 DI PORTAL MYKASIH

Semakan status kelayakan di portal MyKasih seperti berikut:

  1. Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan
  3. Kemudian, tekan pada bahagian [Semak Status]
    pada Semakan pelaksanaan SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
  4. Bahagian semakan akan dipaparkan
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
  6. Klik Semakan Status
  7. Maklumat Pembayaran (Jika Anda Layak)
  8. Selesai.

TARIKH DAN JADUAL PENGKREDITKAN

Tarikh pengagihan dan bayaran bagi Kategori Miskin/Miskin eKasih dengan BUKAN Miskin/Miskin eKasih adalah berbeza seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH PENYALURAN BANTUAN
Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasihBermula Januari 2025
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (BUKAN Berstatus Bukan Miskin/Miskin Tegar eKasih)Bermula April 2025

JUMLAH BANTUAN MYKAD 2025

Kadar bantuan yang akan disalurkan kedalam Mykad penerima adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)

(BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR eKasih)
KADAR BANTUAN (RM)

(PENERIMA STR 2025 – BUKAN MISKIN/MISKIN TEGAR eKasih)
Isi rumahRM 1200
(Pengagihan bulanan RM100)
RM 900
(RM 100 Sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 1200
(Pengagihan bulanan RM100)
RM 450
(RM 50 Sebulan)
BujangRM 600
(Pengagihan bulanan RM50)

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.

1 thought on “BANTUAN 100 MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG”

Leave a Comment