SEMAKAN BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025 : CEK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad kini diperluaskan ke Sabah dan Sarawak berbanding sebelum ini hanya di Semenanjung Malaysia sahaja untuk pembayaran barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan mykad mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CHECK STATUS BANTUAN MYKASIH 2025 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
CEK STATUS BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
CARA PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH 2025
Pengkreditan bantuan adalah secara tanpa tunai melalui MyKad (IC) penerima untuk membuat pembelian barangan keperluan di pasaraya yang terpilih di Seluruh Malaysia secara tanpa tunai dengan menggunakan MyKad.
AMAUN BAYARAN BANTUAN MYKASIH MELALUI MYKAD
Jumlah bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | BULAN JANUARI – MAC | BULAN APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi rumah | RM100 sebulan | RM 200 sebulan |
Warga emas tiada pasangan | RM100 sebulan | RM 150 sebulan |
Bujang | RM50 sebulan | RM 50 sebulan |
- Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR (BUKAN eKasih) | BULAN JANUARI – MAC | BULAN APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi rumah | – | RM 100 sebulan |
Warga emas tiada pasangan | – | RM 50 sebulan |
Bujang | – | – |
BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH YANG DILULUSKAN MENGGUNAKAN MYKAD
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
KATEGORI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN | CONTOH PASARAYA PEMBELIAN MENGGUNAKAN MYKAD |
---|---|
Beras, Roti, Telur, Minyak Masak, Tepung, Biskut, Mi Segera, Minuman, Makanan Dalam Tin, Bahan Perasa, Produk Kebersihan, Ubat-Ubatan dan Barangan Persekolahan. | MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh Negarauntuk pembelian menggunakan MyKad termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Serta Pasar Raya dan Pasar Mini Bebas. |
CARA PEMBELIAN BARANGAN ASAS BANTUAN MYKASIH MENGGUNAKAN MYKAD
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
MyKasih
Saya ingin bertanya adakah Saya layak dengan bantuan my kad
Saya ingin bertanya adakah Saya layak dengan bantuan mykasih
Saya ingin bertanya adakah Saya layak dengan bantuan mykasih