CARA TEBUS E-BAUCAR ECOSHOP RM100 BANTUAN BANJIR 2024 : CLAIM SEKARANG

CARA TEBUS E-BAUCAR ECOSHOP RM100 BANTUAN BANJIR 2024 : CLAIM SEKARANG

Demi meringankan bebanan yang dipikul oleh mangsa banjir di seluruh Malaysia, Pihak Eco-Shop komited untuk membantu 20,000 isi rumah yang terkesan dengan menyalurkan Bantuan Banjir melalui e-baucar yang bernilai RM100 setiap isi rumah.

Bagaimanakah cara tebus e-baucar ecoshop RM100 Bantuan Banjir? Ketahui info lebih lanjut dan ikuti panduan tebus di bawah.

BACA JUGA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN STATUS : SARA MYKASIH (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

TARIKH TEBUS E-BAUCAR ECOSHOP RM100 BANTUAN BANJIR 2024

Mangsa banjir yang terkesan boleh mula tebus e-Baucar Ecoshop RM100 Bantuan Banjir pada tarikh seperti berikut :

TARIKH MULA
TEBUS E-BAUCAR
ECOSHOP
TARIKH AKHIR
TEBUS E-BAUCAR
ECOSHOP
13 Disember 2024 (Jumaat)26 Disember 2024 (Khamis)

SYARAT KELAYAKAN TEBUS E-BAUCAR ECOSHOP BANTUAN BANJIR 2024

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk tebus e-Baucar Ecoshop Bantuan Banjir bagi tahun 2024 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Isi rumah yang terjejas adalah disebabkan banjir;
  • Disahkan sebagai mangsa bencana alam oleh Kerajaan Malaysia;

CARA TEBUS E-BAUCAR ECOSHOP RM100 BANTUAN BANJIR 2024

Ikuti panduan cara tebus e-Baucar Ecoshop RM100 Bantuan Banjir seperti berikut :

  1. Sila layari pautan di sini : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfewbHa-kEAYU387Xzp0hHqmBABZy23I4fnWnBXvJ06mzoU0g/viewform.
  2. Masukkan alamat e-mel anda yang aktif.
  3. Pilih [Bahasa Melayu] atau [Bahasa English].
  4. Klik pada butang [Next] di bawah.
  5. Sila baca dengan teliti terma dan syarat yang dinyatakan tersebut.
  6. Kemudian, tandakan [/] pada persetujuan*.
  7. Klik pula pada butang [Next] di bawah.
  8. Pada halaman seterusnya, isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  9. Muat naik gambar [Kad Pengenalan] dan juga [Laporan Polis] sebagai bukti.
  10. Tandakan pada bahagian ‘Send me a copy of my responses’.
  11. Seterusnya, klik butang [Submit].
  12. Selesai.

*Bagi yang berjaya tebus e-Baucar Ecoshop Bantuan Banjir akan dikreditkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

PROSES PENGESAHAN LULUS E-BAUCAR ECOSHOP RM100

Untuk penebusan e-Baucar Ecoshop, berikut merupakan beberapa pengesahan yang perlu dilakukan oleh pemohon :

  • Kad Pengenalan : Pastikan maklumat kad pengenalan jelas dalam lampiran yang dihantar.
  • Laporan Polis : Semakan butiran laporan Polis akan dibuat untuk memastikan butiran dalam laporan tersebut adalah sepadan dengan pemegang kad pengenalan.
  • Pengesahan Permohonan : Selepas semakan dibuat, HANYA permohonan yang LULUS akan menerima e-Baucar dalam akaun ahli Eco-shop dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

TERMA DAN SYARAT E-BAUCAR ECOSHOP

Antara terma dan syarat yang ditetapkan untuk tebus e-Baucar Ecoshop Bantuan Banjir adalah :

  1. Setiap isi rumah hanya terhad kepada SATU (1) penebusan sahaja.
  2. Tempoh permohonan adalah dari 13 Disember hingga 26 Disember 2024 sahaja.
  3. Pemohin yang lulus akan menerima e-Baucar dalam ‘Akaun Ahli Eco-Shop’ dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
  4. Tempph penebusan untuk e-Baucar sah sehingga 15 Januari 2025 sahaja.
  5. E-Baucar boleh ditebus di mana-mana kedai Eco-shop atau Eco-plus.
  6. Pelanggan perlu membayar perbezaan harga sekiranya nilai transaksi melebihi jumlah e-Baucar yang digunakan untuk penebusan. Sekiranya nilai transaksi kurang daripada jumlah e-Baucar, perbezaan harga tidak akan dikembalikan.
  7. Sebarang e-Baucar yang tidak digunakan akan tamat tempoh dan akan terbatal.
  8. E-Baucar tidak boleh dipindah milik atau ditukar kepada wang tunai sekiranya tidak digunakan.
  9. Eco-shop berhak untuk mengubah, memadam, atau menambah mana-mana terma dan syarat tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada anda.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Banjir Eco-shop, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Laman rasmi Eco-shop : www.eco-shop.com.my
  • Talian Khidmat Pelanggan Eco-shop : 07-283 0123
  • WhatsApp Eco-shop : +6012-781 8900 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang).

6 thoughts on “CARA TEBUS E-BAUCAR ECOSHOP RM100 BANTUAN BANJIR 2024 : CLAIM SEKARANG”

Leave a Comment