BANTUAN SKAS ONLINE : SEMAKAN FASA 2 2026
Setiap empat (4) bulan sekali Kerajaan Negeri Sarawak akan menyalurkan bayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk rakyat Sarawak membuat perbelanjaan keperluan asas harian yang diperlukan.
Bagaimanakah semakan kelayakan penerima Bantuan SKAS Fasa 2 secara online? Ikuti panduan semakan dan baca info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYSARA ONLINE : CARA SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN SKAS
Bantuan SKAS hanya layak diterima oleh rakyat Sarawak yang memenuhi syarat-syarat umum dan khas yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Pemegang MyKad status ‘K’;
- Beralamat dan menetap di Sarawak;
- Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
Serta memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut :
| ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
|---|---|---|
| Kahwin; atau Balu / Bercerai (ada anak yang masih tanggungan) | Bujang; atau Balu / Bercerai (tiada anak yang masih tanggungan) | Bujang; atau Balu / Bercerai (tiada anak yang masih tanggungan) |
| Tiada had umur | 60 tahun; dan ke atas | 21 hingga 59 tahun |
| Pendapatan bawah RM5,000 sebulan | Pendapatan bawah RM5,000 sebulan | Pendapatan bawah RM2,500 sebulan |
BERAPA BAYARAN BANTUAN SKAS
Jumlah bayaran Bantuan SKAS adalah disalurkan bergantung kepada kategori penerima isi rumah, warga emas dan bujang seperti berikut :
- Jumlah Bayaran Untuk Isi Rumah :
| FASA BAYARAN | JUMLAH BAYARAN (RM950 SETAHUN) |
|---|---|
| Fasa 1 | RM316 |
| Fasa 2 | RM316 |
| Fasa 3 | RM318 |
- Jumlah Bayaran Untuk Warga Emas :
| FASA BAYARAN | JUMLAH BAYARAN (RM500 SETAHUN) |
|---|---|
| Fasa 1 | RM166 |
| Fasa 2 | RM166 |
| Fasa 3 | RM168 |
- Jumlah Bayaran Untuk Bujang :
| FASA BAYARAN | JUMLAH BAYARAN (RM300 SETAHUN) |
|---|---|
| Fasa 1 | RM100 |
| Fasa 2 | RM100 |
| Fasa 3 | RM100 |
BILA BAYARAN BANTUAN SKAS
Dari Fasa 1, Fasa 2 dan hingga Fasa 3 bayaran Bantuan SKAS akan dilaksanakan setiap empat (4) bulan sekali mengikut pada tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 10 Mac 2026 – Selasa |
| Fasa 2 | 15 Mei 2026 – Jumaat |
| Fasa 3 | 10 November 2026 – Selasa |
BAGAIMANA BAYARAN BANTUAN SKAS
Kerajaan Negeri Sarawak tidak melaksanakan bayaran Bantuan SKAS secara tunai, namun mengkreditan bayaran secara tanpa tunai melalui platform seperti berikut :
| CARA BAYARAN | PLATFORM |
|---|---|
| Pembayaran Bantuan SKAS dilaksanakan secara pengkreditan tanpa tunai setiap empat (4) bulan sekali dalam bentuk baucar digital | e-Dompet (Aplikasi S Pay Global) |
SEMAKAN BANTUAN SKAS ONLINE
Mudah sahaja untuk tahu status kelayakan sebagai penerima Bantuan SKAS, anda hanya perlu layari laman sesawang yang rasmi seperti panduan di bawah :
- Sila layari laman sesawang rasmi SKAS Sarawak di sini :
- Halaman utama SKAS Sarawak akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- Tanpa sempang “-” dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 441221139999.
- Tanpa sempang “-” dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Cari] di bawah.
- Mesej status kelayakan akan dipaparkan sekiranya anda layak terima bayaran Bantuan SKAS Fasa 2.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SKAS Sarawak. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian SKAS Sarawak : 082 555 999
- Fax SKAS Sarawak : 082 555 888
- E-mel SKAS Sarawak : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/.