SEMAKAN BANTUAN B40 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Bagi membantu rakyat menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup, Kerajaan telah menambah baik peruntukan bantuan sebanyak RM13 bilion bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan peningkatan hampir 25% bagi kategori isi rumah dan 20% bagi kategori bujang.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan b40 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH BAYAR BANTUAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU BANTUAN B40 2025
Bantuan B40 merupakan inisiatif bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana secara tunai dan tanpa tunai bagi membantu mereka dalam mendepani cabaran kos sara hidup dan meringankan beban kewangan yang dihadapi rakyat.
JENIS BANTUAN B40
Bantuan yang disediakan kepada golongan B40 seperti berikut:
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN B40 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan B40 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN B40 2025
Status Bantuan STR dan SARA ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online seperti berikut:
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN B40 2025
Pembayaran Bantuan seperti berikut:
JENIS BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Fasa 1 : 22 Januari 2025 (Rabu) Fasa 2 : 24 Mac 2025 (Isnin) Fasa 3 & Fasa 4 : Tarikh Rasmi belum diumumkan |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | Kategori eKasih : Setiap bulan bermula (Januari – Disember 2025) Kategori Bukan eKasih : Setiap bulan bermula (April – Disember 2025) |
JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN B40 2025
Kadar bantuan STR bagi tahun 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN STR (RM) | KADAR BANTUAN SARA (RM) |
---|---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | 0 Anak : RM 1,000 1 – 2 Anak : RM 1,500 3 – 4 Anak : RM 2,000 5 Anak Keatas: RM 2,500 | Kategori eKasih : RM100/RM200 Sebulan |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | 0 Anak : RM 500 1 – 2 Anak : RM 750 3 – 4 Anak : RM 1,000 5 Anak Keatas : RM 1,250 | Kategori Bukan eKasih : RM100 Sebulan |
Warga emas tiada pasangan | RM 600 | Kategori eKasih : RM100/RM150 Sebulan Kategori Bukan eKasih: RM50 Sebulan |
Bujang | RM 600 | Kategori eKasih: RM50 Sebulan |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN B40 2025
Bantuan STR dan SARA akan disalurkan seperti berikut:
JENIS BANTUAN | KAEDAH PENYALURAN BANTUAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Pengkreditan ke dalam akaun bank atau tuntutan secara tunai di Kaunter BSN berdekatan |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | Pengkreditan ke dalam MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan asas. |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan STR / SARA : 03 8882 4565 / 4566
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf
BANTUAN BANTUAN B40.