PERMOHON BAHARU STR : SEMAK SYARAT & CARA MOHON 2027
Pihak kerajaan telah membuka permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan ianya merupakan peluang untuk rakyat B40 dan M40 yang berkelayakan mendapatkan bantuan tunai untuk sepanjang tahun 2027.
Bagaimanakah permohonan baharu STR? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : JADUAL KREDIT STR FASA 4 2026 : SEMAK TARIKH & JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI
APA ITU STR?
STR (Sumbangan Tunai Rahmah) ialah program bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang layak, khususnya isi rumah, warga emas dan bujang bagi meringankan beban kos sara hidup.
Tujuan Pemberian STR :
- Meringankan beban kewangan
- Membantu penerima menampung perbelanjaan harian seperti makanan, bil utiliti dan keperluan keluarga.
- Membantu golongan yang memerlukan
- Memberikan sokongan kewangan kepada isi rumah berpendapatan rendah, warga emas yang layak dan kategori lain yang ditetapkan.
- Menyokong kesejahteraan rakyat
- Membantu mengurangkan tekanan kewangan akibat peningkatan kos sara hidup.
JUMLAH BAYARAN STR 2027
Setiap kategori akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bersama Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| JUMLAH BAYARAN STR & SARA (ISI RUMAH B40) | JUMLAH BAYARAN STR & SARA (ISI RUMAH M40) |
|---|---|
| Tiada anak : RM200 + RM1,800 | Tiada anak : RM200 + RM1,200 |
| 1 – 2 anak : RM600 + RM1,800 | 1 – 2 anak : RM450 + RM1,200 |
| 3 – 4 anak : RM1,100 + RM1,800 | 3 – 4 anak : RM700 + RM1,200 |
| >5 anak : RM1,600 + RM1,800 | >5 anak : RM950 + RM1,200 |
- Kategori Bujang :
| JUMLAH BAYARAN STR & SARA BUJANG 21 – 59 TAHUN | JUMLAH BAYARAN STR & SARA BUJANG 60 TAHUN KE ATAS |
|---|---|
| Tiada STR + RM600 (SARA Sahaja) | RM600 + RM600 |
TARIKH PERMOHONAN BAHARU STR
Untuk terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 tahun 2027, pemohon boleh mula kemukakan permohonan baharu bermula pada tarikh seperti berikut :
- 📝 Permohonan Secara Manual Bertulis Di Pejabat LHDN : Bermula 1 Oktober 2026.
- đź’» Permohonan Secara Online Di Portal Rasmi MySTR : Bermula 15 Oktober 2026.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR
Sebelum kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda perlu tahu syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan seperti berikut :
- Kelayakan Penerima Isi Rumah :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada had umur;
- Status perkahwinan :
- Berkahwin (ada anak masih tanggungan / tiada anak / bukan tanggungan lagi); atau
- Kematian pasangan / bercerai (ada anak masih tanggungan);
- Kadar Pendapatan :
- B40 : Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan; atau
- M40 : Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan.
- Kelayakan Penerima Bujang :
- Warganegara Malaysia;
- Had Umur :
- OKU umur 19 thun dan ke atas; atau
- Asas umur 21 hingga 59 tahun; atau
- Warga Emas umur 60 tahun dan ke atas.
- Status Perkahwinan :
- Bujang (belum berkahwin); atau
- Balu kematian pasangan / bercerai.
- Tiada anak / anak bukan tanggungan.
- Kadar Pendapatan :
- Asas : Pendapatan tidak lebih RM2,500 sebulan; atau
- Warga Emas : Pendapatan tidak lebih RM5,000 sebulan.
CARA PERMOHONAN BAHARU STR
Tanpa perlu beratur panjang di Pejabat LHDN, anda boleh buat permohonan secara online di Portal MySTR dengan mudah sahaja. Ikuti panduan lengkap cara permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online seperti berikut :
- Layari laman Portal Rasmi MySTR di :Â https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
- Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
- Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
- Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
- Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
- Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
- Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
- “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.