SEMAK SARA : KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN 2026
Bantuan tanpa tunai (cashless) Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan dengan pemberian elaun bulanan kepada penerima yang layak melalui MyKad khusus untuk pembelian barangan keperluan asas dengan kadar bantuan ditentukan mengikut kategori penerima.
Artikel ini menyediakan panduan lengkap untuk semak SARA kelayakan penerima bayaran 2026, kadar elaun bulanan, jadual bayaran, serta cara membuat semakan status online.
Bagaimanakah cara semak kelayakan penerima SARA 2026? Ikuti panduan mudah di bawah.
Baca juga: SEMAKAN STATUS BANTUAN SABAH 2026 : HANYA PEMOHON YANG LAYAK SAHAJA AKAN TERIMA BANTUAN
SYARAT KELAYAKAN SARA 2026
Berikut merupakan perincian mengenai syarat kelayakan SARA 2026 yang telah ditetapkan bagi setiap kategori penerima :
1. Kategori SARA Miskin Tegar & Miskin (eKasih)
Penerima dalam kategori ini akan menerima bantuan bulanan yang lebih tinggi berdasarkan status kemiskinan mereka. Syaratnya adalah:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 bagi kategori Isi Rumah, Bujang, atau Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai Miskin Tegar atau Miskin dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) setakat 31 Oktober 2025 atau pada tarikh semakan berkala yang ditetapkan.
2. Kategori SARA STR 2026 (Selain eKasih)
Kategori ini merangkumi penerima STR yang tidak tersenarai dalam pangkalan data eKasih tetapi memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 bagi kategori Isi Rumah, Bujang, atau Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAK SARA 2026 ONLINE
Status kelayakan penerima SARA 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah-kaedah seperti berikut :
- Panduan Semak SARA 1 (Portal MyKasih):
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak
- Tarikh Program Bermula : 9 Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : 31 Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
Selain itu, semakan status SARA 2026 kini boleh dilakukan melalui Portal Rasmi MySTR. Berikut merupakan panduan lengkap cara semakan status melalui Portal Rasmi MySTR :
- Panduan Semak SARA 2 (Portal MySTR):
- Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
KADAR BAYARAN BULANAN SARA
Berikut merupakan kadar bantuan SARA MyKasih 2026 yang akan disalurkan kepada penerima yang layak mengikut kategori masing-masing:
| PENERIMA BERSTATUS EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
|---|---|
| Isi Rumah RM200/bulan | Isi Rumah RM100/bulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan RM150/bulan | Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan |
| Bujang RM100/bulan | Bujang RM50/bulan |
TARIKH BAYARAN SARA 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dikreditkan mengikut jadual dan tarikh berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah & Warga Emas Tanpa Pasangan | 9 Januari 2026 (Jumaat) |
| Bujang | 16 Januari 2026 (Jumaat) |
| Semua Kategori | 1 Februari 2026 |
| Semua Kategori | 1 Mac 2026 |
| Semua Kategori | 1 April 2026 |
| Semua Kategori | 1 Mei 2026 |
| Semua Kategori | 1 Jun 2026 |
| Semua Kategori | 1 Julai 2026 |
| Semua Kategori | 1 Ogos 2026 |
| Semua Kategori | 1 September 2026 |
| Semua Kategori | 1 Oktober 2026 |
| Semua Kategori | 1 November 2026 |
| Semua Kategori | 1 Disember 2026 |
CARA GUNA KREDIT SARA BULANAN 2026
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan Bertanda SARA
- Penerima boleh memilih barangan keperluan asas daripada 14 kategori yang dibenarkan. Pastikan produk tersebut mempunyai label SARA pada rak tanda harga di premis terpilih.
- Kemukakan MyKad untuk Pengesahan
- Sila tunjukkan MyKad anda kepada juruwang untuk proses semakan status kelayakan serta baki bantuan sebelum memulakan transaksi.
- Proses Imbasan Kod Barangan
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dibeli bagi memastikan ia tergolong dalam kategori yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.
- Pembayaran Melalui MyKad
- Proses pembayaran dilakukan sepenuhnya menggunakan MyKad. Anda hanya perlu memberikan Kad Pengenalan juruwang untuk pembelian barangan tersebut.
- Simpan Resit Pembelian
- Pastikan anda menyimpan resit rasmi selepas transaksi selesai. Resit ini penting sebagai rujukan untuk memantau baki bantuan dan sejarah transaksi anda.
SEMAK BARANGAN SARA YANG DIBENARKAN
Bagi tahun 2026, pihak Kerajaan telah menetapkan 15 kategori produk keperluan asas yang layak dibeli melalui inisiatif ini. Berikut adalah barangan yang dibenarkan untuk perolehan menerusi kaedah pembayaran SARA :
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan
- Makanan Sejuk : Sosej / Nugget
SEMAK BAKI KREDIT SARA DALAM MYKAD
Baki kredit SARA dalam MyKad boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 9 Januari 2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31 Disember 2026 |
| Baki (RM) | 200.00 |
Untuk makluman, baki kredit bulanan SARA tidak akan luput dan boleh digunakan sepanjang tahun dan akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2026.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf