SEMAK KELAYAKAN SKAS SARAWAK : LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA 2026

SEMAK KELAYAKAN SKAS SARAWAK : LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA 2026

Inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 diteruskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat tempatan, terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) dan rentan di seluruh Sarawak.

Artikel ini menyediakan panduan lengkap untuk semak kelayakan SKAS Sarawak 2026 secara online, syarat-syarat permohonan, kadar bayaran mengikut kategori, serta tarikh pengkreditan bayaran mengikut fasa.

Bagaimanakah semak kelayakan skas sarawak 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK SARA : KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN 2026

SYARAT KELAYAKAN SKAS SARAWAK

Kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 mestilah terdiri daripada :

Syarat Umum :

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);

Kategori & Kelayakan Penerima :

KATEGORI PENERIMA KELAYAKAN
Isi RumahBekahwin; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda;

Mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa);

Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah;

Tiada had umur
Warga Emas Tanpa Pasangan
(Bujang)
Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda;

Tiada Anak;

Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah;

Had umur 60 tahun dan ke atas
BujangBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda

Tiada Anak/Tanggungan

Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah;

Had umur adalah 21-59 tahun; atau

Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan

Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.

KADAR KELAYAKAN SKAS SARAWAK

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan diagihkan kepada penerima untuk setiap tiga (3) fasa bayaran dengan jumlah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAFASA 1FASA 2FASA 3KADAR KELAYAKAN SETAHUN
Isi RumahRM316RM424RM360RM1,100
Warga Emas Tanpa PasanganRM166RM234RM200RM600
BujangRM100RM150RM125RM375

SEMAK STATUS KELAYAKAN SKAS SARAWAK

Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan SKAS 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
  2. Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility].
  3. Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan [Nombor MyKad] atau [MyKad Number].
  4. Kemudian, klik [Cari] atau [Search].
  5. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima bantuan SKAS mengikut contoh seperti berikut :
Nama (Name)Ali Bin Abu
Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number)XXXXXX-XX-XXXX
StatusLayak (Eligible)
Kategori SKAS (SKAS Category)Isi Rumah (Household)
Jumlah SKAS (SKAS Value)RM1,100

TARIKH PENYALURAN DUIT SKAS SARAWAK

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 akan dilaksanakan mengikut jadual seperti berikut :

FASA BAYARAN SKASTARIKH BAYARAN
Fasa 110 Mac 2026
Fasa 215 Mei 2026
Fasa 310 November 2026

CARA PENYALURAN DUIT SKAS SARAWAK

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dilaksanakan secara tanpa tunai seperti berikut :

KAEDAH BAYARANMEDIUM PENERIMAAN DUIT
Tanpa tunai
(Baucar Digital)
Aplikasi S Pay Global

SOALAN LAZIM (FAQ) SKAS SARAWAK

Bilakah tarikh bayaran SKAS Sarawak 2026 dikreditkan?

Penyaluran bayaran dilaksanakan secara berperingkat mengikut yang ditetapkan mengikut fasa dan jadual pembayaran yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Apakah yang perlu dibuat sekiranya akaun SPay Global belum disahkan?

Pastikan anda melengkapkan proses pendaftaran akaun SPay Global sebelum pengkreditan mula dilaksanakan supaya pengkreditan bantuan tidak mengalami sebarang masalah.

Bagaimana jika status semakan menunjukkan “Tidak Layak”?

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan tetapi status menunjukkan tidak layak, anda boleh mengemukakan rayuan atau kemaskini maklumat pendapatan menerusi portal rasmi Kerajaan Sarawak atau hubungi Pejabat Daerah berdekatan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/

1 thought on “SEMAK KELAYAKAN SKAS SARAWAK : LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA 2026”

Leave a Comment