SEMAKAN STATUS BANTUAN SABAH 2026 : HANYA PEMOHON YANG LAYAK SAHAJA AKAN TERIMA BANTUAN
Kerajaan Negeri Sabah meneruskan dan memperluaskan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) untuk tahun 2026, yang melibatkan 140,000 penerima golongan miskin dan miskin tegar.
Artikel ini menyediakan panduan lengkap untuk semakan status bantuan Sabah 2026, syarat kelayakan khusus penerima, kadar peruntukan bantuan, serta langkah membuat semakan keputusan online.
Bagaimanakah semakan status bantuan sabah 2026? Ikuti Info lanjut disini.
PENGENALAN BANTUAN SABAH 2026
Bantuan Kewangan Sabah di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) ialah bantuan khas Kerajaan Negeri Sabah kepada rakyat B40 yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
Tujuan utama pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH 2026
Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Kewarganegaraan | Warganegara Malaysia |
| Had Umur | Berumur 18 tahun ke atas |
| Status Penempatan | Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun |
| Negeri Kelahiran | Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah) |
| Kategori Penerima | Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) |
| Kadar Pendapatan | Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa |
Syarat Tambahan :
- Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
AMAUN BANTUAN SABAH 2026
Setiap penerima yang layak akan terima kadar Bantuan Sabah seperti berikut :
| FASA | TEMPOH BAYARAN | KADAR PEMBAYARAN SETIAP FASA |
|---|---|---|
| Fasa 1 | Januari : RM200 Februari : RM200 Mac : RM200 (Januari – Mac) | RM600 (3 Bulan Pembayaran) |
| Fasa 2 | April : RM200 Mei : RM200 Jun : RM200 (April – Jun) | RM600 (3 Bulan Pembayaran) |
| Fasa 3 | Julai : RM200 Ogos : RM200 September : RM200 (Julai – September) | RM600 (3 Bulan Pembayaran) |
| Fasa 4 | Oktober : RM200 November : RM200 Disember : RM200 (Oktober – Disember) | RM600 (3 Bulan Pembayaran) |
SEMAKAN STATUS BANTUAN SABAH 2026
Status kelayakan penerima Bantuan Sabah secara online seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Portal PADANS | https://padans.sabah.gov.my/ |
- Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
- Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
- Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
- Klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SABAH 2026
Pengkreditan bantuan kepada penerima adalah seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima secara online bank-in |
| Penerima tiada akaun bank | Pemberian secara tunai di kaunter bank atau secara cek di cawangan pejabat daerah berdekatan |
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN SABAH 2026
Tarikh rasmi pembayaran bantuan Sabah atau Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) adalah seperti berikut :
| FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 11 Mac 2026 |
| Fasa 2 | 21 Mei 2026 |
| Fasa 3 | Belum diumumkan |
| Fasa 4 | Belum diumumkan |
RUJUKAN LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq