DAFTAR E KASIH : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON SECARA ONLINE SUPAYA LULUS PENERIMA BAYARAN
Kerajaan berusaha memastikan golongan kurang berkemampuan seperti miskin dan miskin tegar untuk menerima bantuan yang sewajarnya melalui pelbagai inisiatif bantuan yang disediakan oleh kerajaan seperti bantuan dalam bentuk kewangan dan makanan asas menerusi pendaftaran eKasih.
Bagaimanakah cara daftar sistem e kasih 2026? Ikuti info lanjut disini.
APA ITU SISTEM E KASIH
Sistem eKasih ialah Pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan dan bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR).
Data ini akan digunakan oleh kementerian atau agensi untuk memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.
SYARAT DAFTAR E KASIH
Kelayakan untuk pendaftaran Sistem eKasih mestilah :
- Warganegara Malaysia;
- Ketua Isi Rumah (KIR);
- Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
MANFAAT DAFTAR E KASIH
Melalui pendaftaran eKasih, golongan miskin dan miskin yang tersenarai dalam Sistem eKasih layak untuk menerima pelbagai jenis bantuan yang disediakan oleh Kerajaan termasuk :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
PANDUAN DAFTAR SISTEM E KASIH
Pendaftaran Sistem eKasih (Kategori Miskin dan Miskin Tegar) adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
- Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS DAFTAR E KASIH
Setelah selesai pendafaran, status pendaftaran sistem eKasih ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ boleh di semak seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
- Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
- Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
- Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
- Disahkan – Telah dibanci;
- Disemak – Dalam proses banci;
- Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Pendaftaran Sistem eKasih anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Khidmat : 03-8000 8000
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/ekasih
Mohon bantuan sangat2,