SEMAK EKASIH ONLINE 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
Pangkalan data eKasih yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan
Bagaimanakah semak ekasih secara online untuk tahu status layak atau tidak bantuan setiap bulan? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN BARANG DAPUR : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 & RM150 & RM100 & RM50)
APA ITU EKASIH 2025
eKASIH adalah merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan bantuan yang diterima.
CARA KREDIT EKASIH ONLINE 2025
Pengkreditan bantuan RM100 dan RM50 setiap bulan kepada rakyat yang berdaftar dengan eKasih adalah secara online automatik menerusi akaun yang dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan (MyKad) dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan.
JUMLAH KREDIT EKASIH 2025
Jumlah pengkredit bantuan setiap bulan adalah bergantung kepada penerima samaada berdaftar dengan eKasih atau tidak, seperti berikut :
- Penerima eKasih :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT EKASIH 2025 |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 / RM200 setiap bulan |
WARGA EMAS | RM100 / RM150 setiap bulan |
BUJANG | RM50 setiap bulan |
- Penerima Bukan eKasih :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT EKASIH 2025 |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 setiap bulan |
WARGA EMAS | RM50 setiap bulan |
TEMPOH KREDIT EKASIH ONLINE 2025
Berikut merupakan tempoh pengkreditan bantuan setiap bulan kepada penerima eKasih dan Bukan eKasih :
KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH KREDIT EKASIH 2025 |
---|---|
Penerima eKasih | Setiap bulan selama 12 bulan |
Penerima Bukan eKasih | Setiap bulan selama 9 bulan |
SEMAK EKASIH ONLINE 2025
Ikuti panduan semakan eKasih secara online seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa sengkang(-).
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Kemudian, ketahui status kelayakan anda menerima bantuan setiap bulan seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan eKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.