SEMAK E KASIH ONLINE 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

SEMAK E KASIH ONLINE 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

Rekod Data Kemiskinan Nasional (eKasih) digunakan oleh kerajaan dan agensi pemberi bantuan yang mana dapat mengesan rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan bagi sepanjang tahun supaya dapat meringankan bebanan sara hidup yang dihadapi.

Bagaimanakah semak e Kasih secara online? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : E WALLET 200 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

APA ITU E KASIH 2025

eKASIH adalah merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan.

Antara bantuan yang disalurkan kepada individu yang tersenarai di bawah pangkalan data eKasih adalah Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang disalurkan sebagai bantuan tambahan kepada rakyat yang memerlukan.

SEMAK SYARAT PENERIMA E KASIH 2025

Terdapat dua (2) syarat kelayakan penerima Bantuan SARA, iaitu :

  • Penerima SARA eKasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Penerima SARA Bukan eKasih :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAK E KASIH ONLINE 2025

Kelayakan pendaftaran eKasih boleh diketahui melalui semakan secara online seperti panduan berikut :

  • Panduan Semakan eKasih Secara Online :
    1. Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
    2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
    3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
    4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
    5. Status penerima akan dipaparkan.
    6. Selesai.

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA MyKasih setiap bulan, ikuti panduan semakan di bawah :

  • Panduan Semakan Bantuan SARA MyKasih Secara Online :
    1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
    4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
    6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
    7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
    8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    10. Selesai.

HAD BAYARAN E KASIH 2025

Bantuan SARA kepada penerima eKasih dan bukan eKasih adalah dihadkan mengikut kategori kelayakan berikut :

HAD BAYARAN BANTUAN
SARA EKASIH
HAD BAYARAN BANTUAN
SARA BUKAN EKASIH
Isi Rumah : RM2,100 setahun
(RM100/RM200 sebulan)
Isi Rumah : RM900 setahun
(RM100 sebulan)
Warga Emas : RM1,650 setahun
(RM100/RM150 sebulan)
Warga Emas : RM450 setahun
(RM50 sebulan)
Bujang : RM600 setahun
(RM50 sebulan)

TARIKH BAYARAN E KASIH 2025

Pembayaran Bantuan SARA kepada penerima eKasih dan bukan eKasih adalah dijadualkan pada tarikh berikut :

TARIKH BAYARAN
BANTUAN SARA
KEPADA PENERIMA
EKASIH
TARIKH BAYARAN
BANTUAN SARA
KEPADA PENERIMA
BUKAN EKASIH
15 Januari 2025
Februari 2025
Mac 2025
April 2025
Mei 2025
Jun 2025
Julai 2025
Ogos 2025
September 2025
Oktober 2025
November 2025
Disember 2025
April 2025
Mei 2025
Jun 2025
Julai 2025
Ogos 2025
September 2025
Oktober 2025
November 2025
Disember 2025
*Nota : Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan akan kemaskini sebaik sahaja pihak kerajaan mengumumkannya secara rasmi.

PROSES BAYARAN E KASIH ONLINE 2025

Pembayaran Bantuan SARA kepada penerima eKasih dan bukan eKasih adalah melalui proses berikut :

  • Individu yang layak akan disahkan;
  • Akaun akan dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan penerima;
  • Kerajaan akan mengkreditkan bantuan menerusi kad pengenalan penerima;
  • Penerima boleh menggunakan kad pengenalan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “SEMAK E KASIH ONLINE 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN)”

Leave a Comment