MYKASIH SARA SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAKI SEMASA

MYKASIH SARA SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAKI SEMASA

Baki semasa Bantuan MyKasih SARA adalah berbeza bagi setiap penerima kerana jumlah bayaran adalah ditetapkan berdasarkan kelayakan penerima dan juga mengikut jumlah yang telah digunakan oleh penerima.

Bagaimanakah cara membuat semakan status kelayakan serta menyemak baki kad pengenalan anda? Ikuti panduan penuh dan langkah mudah di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN MYSARA RAHMAH – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN SETIAP BULAN

JUMLAH BAKI SEMASA MYKASIH SARA

Kadar bayaran Bantuan SARA disalurkan secara bulanan menerusi akaun MyKad penerima. Berikut adalah pecahan jumlah bayaran mengikut kategori serta anggaran baki terkumpul setakat bulan Ogos 2026:

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN
BULANAN
JUMLAH BAKI
SEMASA (OGOS)
JUMLAH BELUM
DIKREDITKAN
Isi Rumah
Miskin Tegar
RM200RM1,600RM800
Warga Emas
Miskin Tegar
RM150RM1,200RM600
Bujang
Miskin Tegar
RM100RM800RM400
Isi Rumah
Bukan Miskin
RM100RM800RM400
Warga Emas
Bukan Miskin
RM50RM400RM200
Bujang
Bukan Miskin
RM50RM400RM200
*Nota Penting: Setiap penerima mungkin mempunyai baki yang berbeza bergantung kepada jumlah transaksi barangan asas yang telah dibeli di pasar raya berdaftar. Oleh itu, anda dinasihatkan membuat semakan baki secara maya dari semasa ke semasa.

BILANGAN PENERIMA MYKASIH SARA

Untuk tahun 2026, Kerajaan Malaysia telah memperluaskan skop peruntukan Bantuan SARA daripada 5.7 juta penerima kepada 8.1 juta penerima merangkumi golongan sasaran berikut :

  • 🤵👰 Kategori Isi Rumah :
    • 3.7 juta penerima (Merangkumi kategori Miskin Tegar & Bukan Miskin).
  • 🧑‍🦳 Kategori Warga Emas :
    • 1.3 juta penerima (Merangkumi kategori Miskin Tegar dan Bukan Miskin).
  • 🧑‍🦱 Kategori Bujang :
    • 3.1 juta penerima (Merangkumi Miskin Tegar dan Bukan Miskin).

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH SARA

Penerimaan bantuan MyKasih SARA tidak memerlukan sebarang permohonan baru. Penyaluran elaun dibuat secara automatik berdasarkan pangkalan data STR dan e-Kasih mengikut syarat berikut :

SYARATKELAYAKAN
MISKIN TEGAR
KELAYAKAN
BUKAN MISKIN
Warga
negara
MalaysiaMalaysia
Had UmurIsi Rumah :
18 dan ke atas

Warga Emas :
60 dan ke atas

Bujang :
21 hingga 59 tahun
Isi Rumah :
18 dan ke atas

Warga Emas :
60 dan ke atas

Bujang :
21 hingga 59 tahun
Kadar
Pendapatan
RM1,189
atau sehingga
RM2,705
Tidak melebihi
RM5,000
Status
e-Kasih
Tersenarai dalam
rekod data
e-Kasih
Tidak tersenarai
dalam rekod
data e-Kasih
Status STRLulusLulus

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAKI SEMASA MYKASIH SARA

Proses MyKasih SARA semak status boleh dilakukan secara terus menerusi Portal Rasmi MyKasih secara dalam talian (online). Sila ikuti langkah-langkah mudah di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN
MyKasih SARAhttps://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/
  1. Pergi ke Portal Rasmi MyKasih SARA (klik pautan di atas).
  2. Anda akan dibawa ke Halaman utama Portal MyKasih SARA.
  3. Sila klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 800330012345.
  5. Tanda/Sahkan pengesahan keselamatan “Verify you are human”
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Sistem akan memaparkan maklumat peribadi, status kelayakan, serta jumlah Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) seperti berikut :
Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH SARA

  1. Adakah baki bantuan MyKasih SARA akan luput jika tidak dihabiskan?
    • Ya, baki bantuan bulanan akan diakumulasikan sehingga hujung tahun (31 Disember 2026). Pastikan anda menggunakannya sebelum tarikh tamat program.
  2. Di manakah elaun MyKasih SARA boleh digunakan?
    • Elaun boleh digunakan di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit berdaftar seluruh Malaysia seperti Mydin, Econsave, Lotus’s, Giant, dan Kedai Runcit MyKasih menggunakan MyKad anda.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Penafian (Disclaimer)
Laman web ini menyediakan maklumat panduan umum bertujuan untuk memudah cara carian pengguna internet. Kami TIDAK mewakili mana-mana agensi kerajaan dan TIDAK pernah meminta maklumat peribadi sensitif mahupun mengenakan sebarang bayaran. Semua rujukan berpandukan portal rasmi MyKasih.

Leave a Comment