EWALLET 200 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

EWALLET 200 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

Pihak Kerajaan juga menyokong penggunaan secara tanpa tunai (cashless) kerana ianya dapat memudahkan untuk kerajaan menyalurkan bantuan, di samping dapat memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan dengan selamat tanpa pengeluaran tunai.

Bagaimanakah semak status kelayakan penerima bayaran ewallet 200? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK E KASIH ONLINE : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

PENGENELAN EWALLET 200 2025

Bantuan e-Wallet telah diperkenalkan sebagai bantuan tambahan yang dikreditkan secara tanpa tunai bagi menggalakkan penggunaan tanpa tunai (cashless) dan ianya telah selesai dilaksanakan pada awal tahun 2024.

Kini, kerajaan meneruskan pemberian Bantuan SARA secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan (IC) penerima khas untuk pembelian tanpa tunai (cashless) menggunakan kad pengenalan di mana-mana kedai terpilih seluruh negara.

KAEDAH PELAKSANAAN EWALLET 200 2025

Pelaksanaan Bantuan SARA yang bernilai RM200 adalah secara tanpa tunai (cashless) dikreditkan melalui kad pengenalan (IC) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan dan bukanlah dikreditkan melalui aplikasi e-Wallet.

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN 200 2025

Bantuan SARA yang bernilai RM200 akan dilaksanakan pada tarikh seperti berikut :

BIL.TARIKH PELAKSANAANJUMLAH BANTUAN
1.April 2025RM200
2.Mei 2025RM200
3.Jun 2025RM200
4.Julai 2025RM200
5.Ogos 2025RM200
6.September 2025RM200
7.Oktober 2025RM200
8.November 2025RM200
9.Disember 2025RM200
*Nota : Tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila kerajaan mengumumkannya secara rasmi.

KRITERIA PENERIMA BANTUAN 200 2025

Bantuan SARA yang bernilai RM200 adalah khas kepada individu yang menepati kriteria seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Golongan isi rumah berpasangan (ada atau tiada anak) atau isi rumah tunggal (ada anak);
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

PANDUAN SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN EWALLET 200 2025

Berikut merupakan panduan semakan status kelayakan penerima Bantuan SARA RM200 :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment