SEMAK BAYARAN SARA BUJANG – JUMLAH, TARIKH & STATUS

SEMAK BAYARAN SARA BUJANG – JUMLAH, TARIKH & STATUS

Bantuan SARA atau Sumbangan Asas Rahmah turut disalurkan kepada golongan bujang terutamanya yang berpendapatan rendah. Individu bujang yang layak terima bayaran adalah seramai lebih 3.1 juta penerima merangkumi yang belum berkahwin serta balu, duda dan janda.

Bagaimanakah semak bayaran SARA Bujang? Ikuti panduan dan baca maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STATUS BAYARAN MYKASIH FASA JUN 2026

KRITERIA PENERIMA SARA BUJANG

Individu bujang yang layak menerima bayaran Bantuan SARA adalah mereka yang dipilih secara automatik berdasarkan kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara : Malaysia;
  • Had Umur :
    • 21 hingga 59 tahun; atau
    • 19 hingga 59 tahun (OKU).
  • Status Bujang :
    • Belum berkahwin; atau
    • Balu / Duda / Janda (tiada anak).
  • Kadar Pendapatan :
    • Miskin Tegar : Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) & tersenarai dalam rekod data eKasih; atau
    • Bukan Miskin : Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026.

JUMLAH BAYARAN SARA BUJANG

Pembayaran Bantuan SARA kepada individu bujang dibahagikan kepada dua (2) kelayakan, iaitu Bujang Miskin Tegar dan Bujang Bukan Miskin yang akan menerima jumlah yang berbeza seperti berikut :

KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN
SETIAP BULAN
JUMLAH BAYARAN
SETAHUN
Bujang
Miskin Tegar
RM100 setiap bulanRM1,200 setahun
Bujang
Bukan Miskin
RM50 setiap bulanRM600 setahun

JADUAL BAYARAN SARA BUJANG

Penerima Bujang akan menerima bayaran Bantuan SARA secara ansur setiap bulan pada tarikh yang sama bermula Januari hingga Disember seperti jadual berikut :

TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
16 Januari 2026 (Jumaat)RM50 / RM100
01 Februari 2026 (Ahad)RM50 / RM100
01 Mac 2026 (Ahad)RM50 / RM100
01 April 2026 (Rabu)RM50 / RM100
01 Mei 2026 (Jumaat)RM50 / RM100
01 Jun 2026 (Isnin)RM50 / RM100
01 Julai 2026 (Rabu)RM50 / RM100
01 Ogos 2026 (Sabtu)RM50 / RM100
01 September 2026 (Selasa)RM50 / RM100
01 Oktober 2026 (Khamis)RM50 / RM100
01 November 2026 (Ahad)RM50 / RM100
01 Disember 2026 (Selasa)RM50 / RM100

SEMAK BAYARAN SARA BUJANG

Untuk mengetahui sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan SARA untuk bujang, status boleh disemak melalui Portal Rasmi SARA seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi SARA di sini :
  2. Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan SARA].
  4. Isikan ruangan yang disediakan dengan 12 digit nombor MyKad anda.
    • *Pastikan tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 900110123456.
  5. Tandakan pada kotak [ ] “Verify you are human”.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status bayaran Bantuan SARA untuk Bujang akan dipaparkan seperti berikut :
Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula16/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)300.00

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment