SEMAK BANTUAN RM100 MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Kerajaan menyediakan bantuan bulanan melalui MyKad untuk memudahkan rakyat membeli barangan keperluan asas dan melakukan transaksi tanpa tunai. Bantuan ini disalurkan terus ke dalam MyKad penerima, yang boleh digunakan untuk pembayaran di premis terpilih tanpa memerlukan wang tunai, menjadikannya lebih selamat, mudah, dan cepat.
Bagaimanakah cara semak bantuan rm100 mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CEK BANTUAN DALAM MYKAD 2025 : CHECK SENARAI NAMA PENERIMA (RM1200 & RM900 & RM600)
APA ITU BANTUAN RM100 MYKAD
Bantuan bulanan MyKad RM100 adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dibawah Program MyKasih, dimana wang bantuan disalurkan kedalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih, dan penerima akan menggunakan MyKad sebagai alat pembayaran bagi pembelian barangan tersebut.
KEGUNAAN DUIT RM100 DALAM MYKAD
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan, dan berlabel MYKASIH seperti:
Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
PANDUAN LENGKAP SEMAKAN BANTUAN RM100 MYKAD
Kategori Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status penerima akan dipapar.
- Selesai.
Kategori Lulus dan Penerima STR 2025 (BUKAN eKasih):
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status kelayakan dan penerima yang lulus akan dipapar.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM100 MYKAD 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan dalam MyKad:
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; ATAU
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
TARIKH BAYARAN DAN TEMPOH PENGAGIHAN BANTUAN
Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN | TEMPOH PENGAGIHAN |
---|---|---|
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih | Bermula Januari 2025 | Selama 12 Bulan |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (BUKAN eKasih) | Bermula April 2025 | Selama 9 Bulan |
SEMAK KADAR BANTUAN MYKAD 2025
Jumlah bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad penerima pada tahun 2025 adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 – BUKAN eKasih) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 200 (RM100 sebulan) | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang | RM 600 (RM50 sebulan) | – |
PANDUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan MYKASIH, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf
Reply
saya ingin memerlu nya