SEMAK BANTUAN E WALLET 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK BANTUAN E WALLET 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Bantuan tanpa tunai (cashless) Kerajaan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan untuk menyokong kos sara hidup, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas setiap bulan untuk memenuhi keperluan seharian.

Bagaimanakah cara semak status bantuan e wallet? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN SARA 2026 KELAYAKAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

BANTUAN E WALLET

Bantuan e-Wallet atau tanpa tunai (cashless) ialah bantuan tambahan Kerajaan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam bentuk barangan keperluan asas di mana kredit bantuan akan diberikan setiap bulan kepada penerima yang layak melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk digunakan untuk menebus/membeli barangan keperluan asas mengikut jumlah kredit yang diberikan.

Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA)
Cara PelaksanaanSecara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan)
Jumlah BantuanBermula RM50 sehingga RM200 mengikut kelayakan penerima
KelayakanBerdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan miskin/miskin tegar eKasih
Tempoh BantuanSetiap Bulan (12 Bulan)
ManfaatBoleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan kepelruan asas yang diluluskan mengikut amaun yang diberikan

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E WALLET 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH KREDIT BANTUAN E WALLET 2026

Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN E WALLET

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00

CARA GUNA KREDIT BANTUAN E WALLET

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA), boleh ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

SENARAI BARANG BOLEH GUNA KREDIT BANTUAN E WALLET

Setiap penerima boleh menggunakan bantuan SARA untuk menebus atau membeli barangan keperluan asas yang diluluskan mengikut amaun yang diberikan seperti yang tersenarai di bawah :

  • Beras;
  • Roti;
  • Telur;
  • Minyak Masak;
  • Tepung;
  • Biskut;
  • Mee Segera;
  • Minuman;
  • Makanan Sejuk Beku;
  • Makanan dalam Tin;
  • Bahan Perasa;
  • Produk Kebersihan Rumah;
  • Produk Kebersihan;
  • Ubat-ubatan;
  • Barangan Sekolah.

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment