SARA EKASIH 2025 : CEK LAYAK ATAU TIDAK (BANTUAN RM50 & RM100 SETIAP BULAN)

SARA EKASIH 2025 : CEK LAYAK ATAU TIDAK (BANTUAN RM50 & RM100 SETIAP BULAN)

Kerajaan komited untuk membantu rakyat daripada dibelenggu masalah kos sara hidup. Oleh itu, pelbagai bentuk bantuan disalurkan termasuk juga bantuan tambahan yang akan disalurkan RM50 dan RM100 setiap bulan sepanjang tahun 2025.

Bagaimanakah cek kelayakan sara ekasih bantuan rm50 dan rm100 setiap bulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN DALAM MYKAD SEMAKAN KELAYAKAN : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)

APA ITU SARA EKASIH 2025

SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan sebuah bantuan tambahan oleh kerajaan yang disalurkan khas kepada rakyat miskin dan miskin tegar di bawah pangkalan data eKasih. Bantuan SARA disalurkan setiap bulan untuk memenuhi keperluan rakyat.

JUMLAH SARA EKASIH DISALURKAN

Bantuan SARA eKasih akan disalurkan dengan jumlah sebanyak :

  • Ketua Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun;
  • Ahli Isi Rumah (Bujang) : RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun; dan
  • Warga Emas Tiada Pasangan : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun.

TARIKH SARA EKASIH DISALURKAN

Penyaluran Bantuan SARA kepada penerima eKasih adalah setiap bulan selama tempoh 12 bulan (setahun) bermula pada bulan Januari 2025 sehingga Disember 2025. Namun kerajaan masih belum mengeluarkan kenyataan tarikh rasmi penyaluran SARA eKasih.

*Sekiranya tarikh rasmi penyaluran Bantuan SARA eKasih ditelah diumumkan, pihak kami akan mengemaskini semula.

KRITERIA KELAYAKAN SARA EKASIH 2025

Berikut merupakan kriteria-kriteria kelayakan untuk menerima Bantuan SARA eKasih RM50 dan RM100 setiap bulan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di Semenanjung Malaysia;
  • Pendapatan bawah garis PGK semasa;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

CEK KELAYAKAN SARA EKASIH 2025

Untuk mengetahui layak atau tidak anda menerima Bantuan SARA eKasih RM50 dan RM100 setiap bulan, sila ikuti panduan cek kelayakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bantuan Sara eKasih akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

1 thought on “SARA EKASIH 2025 : CEK LAYAK ATAU TIDAK (BANTUAN RM50 & RM100 SETIAP BULAN)”

Leave a Comment