SARA BUJANG 2026 : TARIKH BAYARAN & SEMAKAN STATUS KELULUSAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN RM50 SETIAP BULAN DI DALAM IC

SARA BUJANG 2026 : TARIKH BAYARAN & SEMAKAN STATUS KELULUSAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN RM50 SETIAP BULAN DI DALAM IC

Berdasarkan rekod, seramai lebih 3.1 juta individu yang berstatus ‘Bujang’ sama ada belum berkahwin atau balu / duda / janda yang tiada anak telah disahkan layak dan akan menerima bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) pada bulan ini.

Bagaimanakah semakan status kelulusan & bila tarikh bayaran SARA Bujang? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR 2026 FASA 1 : SEMAK STATUS SEGERA

CARA BUJANG TERIMA SARA 2026

Semua kategori termasuk Bujang akan terima bayaran Bantuan SARA melalui satu (1) cara yang sama iaitu dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) melalui :

  • Kad Pengenalan (IC).

TARIKH BAYARAN SARA BUJANG 2026

Individu bujang yang disahkan ‘Layak’ akan terima bayaran Bantuan SARA mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

BIL.TARIKH BAYARAN SARA
(BUJANG)
1.16 Januari 2026
2.1 Februari 2026
3.1 Mac 2026
4.1 April 2026
5.1 Mei 2026
6.1 Jun 2026
7.1 Julai 2026
8.1 Ogos 2026
9.1 September 2026
10.1 Oktober 2026
11.1 November 2026
12.1 Disember 2026

JUMLAH BAYARAN SARA BUJANG

Bantuan SARA akan dibayar kepada kategori bujang dengan jumlah yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :

KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN
SETIAP BULAN
JUMLAH BAYARAN
SETAHUN
Bujang
Miskin & Miskin Tegar
RM100RM1,200
Bujang
Asas Bukan Miskin
RM50RM600

SYARAT KELAYAKAN SARA BUJANG

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan Bantuan SARA untuk kategori bujang :

  • Warganegara :
    • Malaysia.
  • Had Umur :
    • 21 hingga 59 tahun / OKU 19 tahun ke atas.
  • Status Perkahwinan :
    • Bujang belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak).
  • Kadar Pendapatan :
    • Tidak melebihi RM2,500 sebulan; atau
    • Bawah garis kemiskinan semasa.
  • Status STR :
    • Lulus permohonan STR 2026.

SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA 2026

Bermula 15 Januari 2026, semua individu bujang / balu / duda / janda (tiada anak) boleh membuat semakan status untuk tahu kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA. Ikuti cara semakan status yang lengkap di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN
SARA MyKasihhttps://mykasih.com.my/
  1. Sila layar Portal Rasmi SARA MyKasih dengan klik pautan di atas.
  2. Halaman utama Portal SARA MyKasih akan dipaparkan.
  3. Layarkan skrin sedikit ke bawah.
  4. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  5. Masukkan Nombor MyKad anda pada ruang kosong itu.
    • *Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
  6. Tandakan pada kotak [Verify as human].
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan Bujang sebagai penerima SARA akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN LANJUT SARA

Maklumat dalam artikel ini ditulis berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi MyKasih. Oleh itu, untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA. Anda boleh buat rujukan melalui :

Leave a Comment