SARA 2026 SEMAK BAKI : CHECK DUIT BANTUAN MYKASIH YANG MASUK DALAM MYKAD PENERIMA YANG LULUS
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan dan kini memasuki pembayaran September 2026, dan memberi manfaat hampir 9 juta Rakyat Malaysia termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Artikel ini menyediakan panduan lengkap mengenai cara semak baki duit SARA 2026 dalam IC, jadual elaun bulanan, serta amaun bayaran yang layak diterima.
Bagaimanakah semak baki sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN SARA 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| JENIS PENERIMA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Berstatus eKasih | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR); Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; |
| Bukan eKasih | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR); Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan |
Kelayakan SARA MyKasih adalah secara automatik (tanpa permohonan) berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah dan Sistem eKasih 2026.
SEMAK BAKI SARA 2026
Baki bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 200.00 |
SYARAT PENGGUNAAN & TARIKH LUPUT BAKI SARA
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :
- Baki Bulanan : Baki bantuan SARA yang tidak dihabiskan digunakan pada bulan semasa tidak akan luput, sebaliknya akan dibawa ke bulan seterusnya secara automatik dan boleh digunakan bersama elaun bulan semasa.
- Tarikh Akhir Belanja : Kesemua baki elaun SARA 2026 di dalam MyKad wajib dibelanjakan sebelum 31 Disember 2026.
SEMAK JUMLAH KELAYAKAN SARA 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
CARA GUNA BAKI DUIT SARA 2026
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
| LANGKAH | CARA BERBELANJA |
|---|---|
| Langkah Pertama | Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) |
| Langkah Kedua | Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda |
| Langkah Ketiga | Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga |
| Langkah Keempat | Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih |
| Langkah Kelima | Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih |
| Langkah Keenam | Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad |
| Langkah Ketujuh | Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad |
Untuk mendapatkan barangan dengan pembayaran menggunakan MyKad, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti :
- Pasar raya besar (Contoh : Mydin/Giant/Econsave/Pacific/Lotus Stores);
- Pasar raya mini (Contoh : 99 Speedmart); dan
- Kedai Runcit berdaftar.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf