SEMAKAN MYKASIH 2026 TERKINI : STATUS LULUS ATAU TIDAK (RM2400 & RM1200 & RM600)
Status kelulusan permohonan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui portal MyKasih 2026 kini boleh disemak secara dalam talian. Penerima yang layak bakal menerima peruntukan elaun barang dapur tanpa tunai (cashless) bermula dari RM600 hingga RM2,400 setahun mengikut kategori.
Bagi anda yang ingin membuat semakan MyKasih 2026 terkini, berikut disediakan panduan lengkap merangkumi semakan status guna MyKad, tarikh kredit bayaran, serta amaun bantuan yang diterima.
BACA JUGA : CARA SEMAK BAKI BUDI95 – CHECK JUMLAH KUOTA RON95 ONLINE
PLATFORM SEMAKAN MYKASIH 2026
Terdapat dua (2) platform yang disediakan untuk semakan MyKasih, iaitu :
| PLATFORM SEMAKAN | LINK RASMI |
|---|---|
| Portal MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
| Aplikasi MyKasih | https://mykasih.com.my/mykasih-app/ |
SEMAKAN MYKASIH 2026 TERKINI
Ikuti mana-mana cara semakan MyKasih di bawah yang mudah bagi anda :
- Cara Semakan MyKasih Melalui Portal Rasmi :
- Sila klik pada link portal rasmi MyKasih di atas.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semakan MyKasih Melalui Aplikasi Mudah Alih :
- Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
- Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
- [SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
- [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
- Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100 One-off].
- Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
- Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
PAPARAN STATUS MYKASIH 2026
Jika anda membuat semakan melalui Portal MyKasih atau melalui aplikasi mudah alih MyKasih, dan disahkan anda layak, status kelayakan akan dipaparkan seperti berikut :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 50.00 |
JADUAL PROGRAM MYKASIH 2026 TERKINI
Program MyKasih untuk tahun 2026 dilaksanakan berperingkat mengikut jadual yang terkini 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH PROGRAM DIKREDITKAN | TARIKH PROGRAM BERAKHIR |
|---|---|---|
| Isi Rumah dan Warga Emas | 9 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 31 Disember 2026 |
| Bujang | 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 31 Disember 2026 |
KADAR AMAUN BANTUAN MYKASIH 2026
Daripada peruntukan RM15 billion, Kerajaan akan bahagikan kadar amaun Bantuan MyKasih mengikut kategori penerima seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR AMAUN |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar | RM2,400 setahun (RM200 x 12 bulan) |
| Asas Bukan Miskin | RM1,200 setahun (RM100 x 12 bulan) |
- Kategori Warga Emas :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | KADAR AMAUN |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar | RM1,800 setahun (RM150 x 12 bulan) |
| Asas Bukan Miskin | RM600 setahun (RM50 x 12 bulan) |
- Kategori Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | KADAR AMAUN |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar | RM1,200 setahun (RM100 x 12 bulan) |
| Asas Bukan Miskin | RM600 setahun (RM50 x 12 bulan) |
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH
- Bagaimana cara guna elaun MyKasih?
- Anda hanya perlu membawa MyKad ke pasar raya terpilih (seperti Mydin, Lotus’s, Giant, Econsave, dll.) dan kemukakan MyKad di kaunter pembayaran untuk barangan asas yang diluluskan.
- Adakah perlu membuat permohonan baru untuk MyKasih 2026?
- Tidak perlu. Kelayakan dipilih secara automatik berdasarkan pangkalan data eKasih dan kelulusan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
- Apa perlu buat jika baki MyKasih tidak masuk?
- Anda boleh menghubungi Talian Bantuan MyKasih di 03-7720 1800 atau semak terus di portal rasmi.
RUJUKAN LANJUT MYKASIH
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.