SARA 2025 SEMAKAN STATUS : E-KASIH (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa (berbeza bagi setiap negeri) layak mendaftarkan diri dengan e-Kasih dan secara automatik akan terpilih menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah semakan status sara? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARAWAK PAY SEMAKAN STATUS (SKAS RM800 & RM400 & RM250)
CARA AGIHAN SARA 2025 MENGIKUT STATUS
Pengagihan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah mengikut status penerima di setiap negeri seperti berikut :
- Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia :
STATUS PENERIMA | CARA AGIHAN SARA 2025 |
---|---|
Berdaftar dengan e-Kasih | Dikreditkan secara ansur setiap bulan ke dalam kad pengenalan penerima selama tempoh 12 bulan. |
Tidak berdaftar dengan e-Kasih | Dikreditkan secara ansur setiap bulan ke dalam kad pengenalan penerima selama tempoh 9 bulan. |
- Negeri Sabah dan Negeri Sarawak :
STATUS PENERIMA | CARA AGIHAN SARA 2025 |
---|---|
Berdaftar dengan e-Kasih | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) Atau Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara ansur dua kali setahun |
Tidak berdaftar dengan e-Kasih | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) Atau Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara ansur dua kali setahun |
KADAR AGIHAN SARA 2025
Agihan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025 adalah mengikut kadar seperti berikut :
- Penerima Berdaftar Dengan e-Kasih :
BIL. | KATEGORI PENERIMA | KADAR AGIHAN SARA 2025 |
---|---|---|
1. | Isi Rumah Miskin dan Miskin Tegar | RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun |
2. | Warga Emas Miskin dan Miskin Tegar | RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun |
3. | Bujang Miskin dan Miskin Tegar | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
- Penerima Tidak Berdaftar Dengan e-Kasih :
BIL. | KATEGORI PENERIMA | KADAR AGIHAN SARA 2025 |
---|---|---|
1. | Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 Setiap bulan sehingga RM900 setahun |
2. | Warga Emas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun |
3. | Bujang Bukan Miskin | RM0 |
JADUAL AGIHAN SARA 2025
Berikut merupakan jadual agihan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2025 :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH AGIHAN SARA 2025 |
---|---|
Berstatus Miskin dan Miskin Tegar | Bermula ** Januari 2025 sehingga ** Disember 2025 |
Berstatus Bukan Miskin | Bermula ** April 2025 sehingga ** Disember 2025 |
SARA 2025 SEMAKAN STATUS
Ikuti panduan cara semakan status seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
*Sekiranya semakan di atas memaparkan ‘Tiada Rekod Maklumat’, sila buat semakan pada pautan di bawah :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Untuk SEMAKAN SARA, sila klik [Maklumat Bayaran].
- Lihat di bahagian [SARA e-Kasih] atau [SARA Bukan e-Kasih].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA e-Kasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Saya tidak terima mana mana bantuan
macam mana nak mohon SARA bujang