SARA BUKAN EKASIH 2024 CHECK STATUS : ONE OFF (RM300/RM150)
Kerajaan terus komited untuk membantu rakyat dalam menghadapi isu peningkatan kos sara hidup yang sukar dikawal. Oleh itu, pelbagai usaha kerajaan dalam memastikan setiap rakyat mendapat manfaat bantuan yang sewajarnya, begitu juga dengan pemberian Bantuan SARA ini.
Apa itu sara bukan ekasih dan bagaimanakah check status? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CEK STR FASA 1 (CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)
APA ITU SARA BUKAN EKASIH 2024
SARA atau Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan antara sebuah bantuan tambahan daripada kerajaan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang berdaftar dengan e-Kasih dan diberikan juga kepada yang tidak berdaftar dengan e-Kasih.
Namun, pemberian Bantuan SARA kepada penerima yang berdaftar dengan e-Kasih dalah berbeza dengan penerim yang tidak berdaftar dengan e-Kasih kerana kedua-duanya memiliki kelayakan yang berbeza iaitu miskin dan bukan miskin.
TARIKH PEMBERIAN SARA BUKAN EKASIH 2024
Pemberian Bantuan SARA kepada penerima yang berdaftar dengan e-Kasih telah pun selesai diberikan pada 19 Ogos 2024 dan 1 Disember 2024 yang lalu. Kini adalah pemberian Bantuan SARA kepada penerima yang tidak berdaftar dengan e-Kasih bermula pada 9 Disember 2024.
TARIKH MULA PEMBERIAN SARA BUKAN EKASIH | TARIKH AKHIR PEMBERIAN SARA BUKAN EKASIH |
---|---|
9 DISEMBER 2024 | ** DISEMBER 2024 |
JUMLAH PEMBERIAN SARA BUKAN EKASIH 2024
Jumlah Bantuan SARA yang diberikan kepada penerima yang tidak berdaftar dengan e-Kasih adalah bergantung kepada kelayakan penerima seperti berikut :
- Isi Rumah :
- Berpasangan (Ada atau Tiada Anak) : RM300 one off (sekaligus).
- Tunggal (Ada Anak) : RM300 one off (sekaligus).
- Bujang :
- Berumur 21 hingga 59 tahun : RM150 one off (sekaligus).
- Berumur 60 tahun ke atas : RM150 one off (sekaligus).
SARA BUKAN EKASIH 2024 CHECK STATUS
Untuk mengetahui status kelayakan SARA bukan e-Kasih, individu perlu check pada pautan seperti berikut :
- Layari pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
- Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
- Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
- Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
- Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
- Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
- Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.
Memohon bantuan
tqqq