SARA MYKASIH RM100 2025 : PERMOHONAN, REGISTER, SEMAKAN ONLINE
Untuk makluman anda, bayaran bantuan SARA dibawah program MyKasih akan dikreditkan mulai 2025. Dalam Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan manfaat peruntukan STR 2025 dan SARA 2025 (MyKasih) yang telah ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini.
Disamping itu, kerajaan juga kini telah memperluaskan kelayakan penerima SARA, dimana kesemua penerima STR yang turut layak menerima bantuan ini bermula pada tahun 2025. Berbeza dengan sebelum ini bantuan ini hanya terhad kepada golongan Miskin/Miskin Tegar eKasih sahaja.
Bagaimanakah pemohonan, register dan semakan sara mykasih rm100 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: CHECK PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
PENGENALAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dan MyKasih Foundation untuk memenuhi keperluan asas individu dan keluarga yang memerlukan.
Bagi tahun 2025, penerima yang layak untuk menerima bantuan ini mestilah terdiri daripada penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah), dan golongan Miskin Tegar yang berdaftar di sistem eKasih.
Untuk melayakkan diri anda menerima bantuan SARA MYKASIH RM100 setiap bulan, pastikan anda terlebih dahulu memohon bantuan STR dan mendaftar di sistem eKasih bagi golongan miskin. Selepas pendaftaran, bantuan ini akan diterima secara automatik tanpa perlu permohonan tambahan.
SYARAT KELAYAKAN REGISTRATION SARA MYKASIH 2025
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
DAFTAR SARA MYKASIH 2025
Bantuan SARA/Mykasih ini perlulah terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan berstatus Miskin Tegar eKasih. Hal ini bermaksud pemohon mestilah mendaftar dan berstatus lulus eKasih dan MySTR.
Pendaftaran eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
- Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; atau
- Hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx - Selesai.
Permohonan STR 2025 adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DAN KEMASUKAN BAYARAN
Status bantuan SARA/MyKasih boleh disemak seperti kaedah berikut:
- Semakan di Portal rasmi STR
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Semakan di Portal rasmi MyKasih/Aplikasi MyKasih
https://www.mykasih.com.my
PANDUAN SEMAKAN SARA MYKASIH DI PORTAL MYSTR
Panduan lengkap semakan status permohonan dan bayaran MyKasih/SARA setelah berdaftar MySTR boleh dibuat seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Kemasukan Bayaran
JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Kadar bantuan yang akan disalurkan kedalam Mykad penerima adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 ) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 (sebulan RM 100) | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (sebulan RM 100) | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang | RM 600 (sebulan RM 50) | – |
TARIKH PENGKREDITKAN BANTUAN SARA MYKASIH
Bagi kategori penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih, bayaran akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat.
Manakala penerima BUKAN Miskin dan Miskin Tegar, bayaran bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
Terima kasih yg penderma.
Memerlukan sangat untuk bantu ibu saya yg sedang sakit…
Bujang