PERMOHONAN STR 2027 DIBUKA – INI PANDUAN CARA MOHON

PERMOHONAN STR 2027 DIBUKA – INI PANDUAN CARA MOHON

Hebahan kepada semua rakyat Malaysia yang merupakan golongan berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40), kini Kerajaan MADANI telah membuka permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk meluaskan pemberian bayaran pada tahun 2027. Oleh itu, ketahui kelayakan dan mohon sekarang sebelum tarikh tutup permohonan.

Bagaimanakah cara permohonan STR 2027? Rujuk panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : DAFTAR SARA 2027 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

NILAI BAYARAN STR 2027

Berikut merupakan nilai bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2027 :

  • Isi Rumah Akan Terima Bayaran STR 2027 :
KELAYAKANTIADA ANAK
(RM)
1 – 2 ANAK
(RM)
3 – 4 ANAK
(RM)
LEBIH 5 ANAK
(RM)
Isi Rumah B402006001,1001,600
Isi Rumah M40200450700950
*Penerima B40 akan terima SARA sebanyak RM1,800 dan penerima M40 akan terima SARA RM1,200.
  • Warga Emas Akan Terima Bayaran STR 2027 :
KELAYAKANTIADA ANAK (RM)
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
600
*Penerima Warga Emas akan terima SARA sebanyak RM600 dan penerima yang berdaftar e-Kasih akan terima SARA RM1,800.
  • Bujang Akan Terima Bayaran STR 2027 :
KELAYAKANTIADA ANAK (RM)
Bujang
(21 hingga 59 tahun)
–
*Penerima bujang tidak terima bayaran STR tetapi hanya akan terima SARA RM600 dan yang berdaftar e-Kasih akan terima bayaran SARA RM1,200.

KRITERIA KELAYAKAN STR 2027

Kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria kelayakan untuk pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Antara kriteria yang ditetapkan mengikut kategori adalah seperti berikut :

KATEGORIKRITERIA KELAYAKAN
Isi Rumah-Warganegara Malaysia
-Berkahwin
-Balu / Bercerai
-Ada anak masih tanggungan
-Pendapatan tidak lebih
RM5,000 sebulan
Warga Emas-Warganegara Malaysia
-Umur 60 tahun ke atas
-Bujang / Balu / Bercerai
-Tiada anak masih tanggungan
-Pendapatan tidak lebih
RM5,000 sebulan
Bujang-Warganegara Malaysia
-Umur 21 hingga 59 tahun
-Bujang / Balu / Bercerai
-Tiada anak masih tanggungan
-Pendapatan tidak lebih
RM2,500 sebulan
-Bukan pelajar sepenuh masa
IPTA / IPTS

TARIKH PERMOHONAN STR 2027 DIBUKA

Berikut merupakan tarikh permohonan STR untuk tahun 2027 yang telah dibuka melalui dua (2) platform :

  • 📝 Mulai 1 Oktober 2026 – Permohonan STR secara borang bertulis yang boleh dapat di kaunter pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM)
  • đź’» Mulai 15 Oktober 2026 – Permohonan STR secara dalam talian (online) di portal rasmi MySTR.

PERMOHONAN STR 2027 DIBUKA

Bagi yang ingin memohon secara dalam talian (online) di portal rasmi MySTR, boleh mula buat permohonan mengikut panduan seperti berikut :

  1. Layari laman Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
  3. Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
  4. Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
  5. Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
  6. Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  7. Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
  8. Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
  9. Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
  10. “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
  11. Selesai.

SALURAN RASMI

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment