CARA KEMASKINI STR 2027 – UNTUK PENERIMA SEDIA ADA
Penerima sedia ada disarankan untuk mengemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang terkini untuk penerimaan bayaran Fasa 1 bagi tahun 2027. Kegagalan mengemaskini permohonan boleh menyebabkan status tidak aktif atau gagal menerima bayaran.
Bagaimanakah cara kemaskini STR 2027? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN STR 2027 DIBUKA – INI PANDUAN CARA MOHON
KENAPA PERLU KEMASKINI STR 2027
Berikut merupakan sebab-sebab kenapa perlu kemaskini maklumat permohonan STR :
- Memastikan maklumat penerima sentiasa tepat dan terkini;
- Supaya nama tidak tercicir sebagai penerima yang layak;
- Memastikan bilangan tanggungan betul supaya jumlah bantuan yang diterima sepadan;
- Mengelakkan maklumat lama atau salah yang boleh menyebabkan permohonan ditolak;
- Menentukan kelayakan penerima untuk bayaran fasa berikutnya;
- Status permohonan tidak aktif atau ‘Tidak Layak’;
- Tidak kemaskini permohonan selama 3 tahun;
- Data permohonan tidak sah.
SIAPA PERLU KEMASKINI STR 2027
Namun, tidak semua pemohon perlu kemaskini maklumat STR. Hanya khusus bagi pemohon berikut :
- Sudah lama tidak mengemas kini maklumat STR.
- Bertukar nombor telefon atau alamat.
- Mengalami perubahan status perkahwinan atau tanggungan.
- Maklumat akaun bank telah berubah.
- Maklumat permohonan terdahulu tidak lagi tepat.
*Penting : Tidak semua penerima perlu mengemas kini permohonan secara automatik. Walau bagaimanapun, pemohon yang tidak mengemas kini STR selama tiga tahun berturut-turut diwajibkan berbuat demikian, tertakluk pada ketetapan rasmi.
PLATFORM KEMASKINI STR 2027
Pemohon sedia ada boleh kemaskini permohonan STR melalui dua (2) platform yang mudah seperti berikut :
- Secara dalam talian : Layari Portal Rasmi MySTR.
- Secara bersemuka : Hadir ke Pejabat HASiL yang berdekatan.
TARIKH KEMASKINI STR 2027
Pemohon sedia ada boleh kemaskini permohonan STR untuk penerimaan Fasa 1 2027 bermula pada tarikh berikut :
| PLATFORM | TARIKH MULA KEMASKINI |
|---|---|
| Secara Bersemuka (Manual) | Bermula 1 Oktober 2026 |
| Secara Dalam Talian (Online) | Bermula 15 Oktober 2026 |
CARA KEMASKINI STR 2027
Ikuti panduan lengkap cara kemaskini permohonan STR secara dalam talian (online) melalui portal rasmi MySTR berikut :
- Sila layari laman web rasmi Portal MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Klik terus pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan, klik butang [Ya] jika betul.
- Masukkan kata laluan yang anda tetapkan.
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
- Klik pada [Kemas kini Permohonan].
- Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
- Klik pada butang [Hantar].
- Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
TALIAN RASMI
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
☎️ Talian STR HASiL : 1800 88 2747
📞 Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
📱 E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.