BILA BOLEH MOHON STR 2027 : SEMAK TARIKH & CARA PERMOHONAN
Bagi pemohon yang belum pernah menerima bayaran bagi tahun 2026 boleh mula kemukakan permohonan baharu untuk penerimaan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2027.
Bila boleh mohon STR 2027? Bagaimanakah cara mohon? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : JUMLAH STR SARA 2027 : MENGIKUT KATEGORI PENERIMA
BILA BOLEH MOHON STR 2027
Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk penerimaan Fasa 1 2027 boleh dibuat bermula pada :
| JENIS PERMOHONAN | TARIKH MULA MOHON |
|---|---|
| Permohonan Secara Manual Di Pejabat LHDNM | Bermula 1 Oktober 2026 (Khamis) |
| Permohonan Secara Online Di Portal MySTR | Bermula 15 Oktober 2026 (Khamis) |
SYARAT LAYAK MOHON STR 2027
Sebelum buat permohonan, ketahui syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut kategori seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Status Perkahwinan | Kahwin (ada / tiada anak) atau Balu / Bercerai (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | B40 : RM2,500 ke bawah M40 : RM2,501 hingga RM5,000 |
- Kategori Warga Emas :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 60 tahun dan ke atas |
| Status Perkahwinan | Bujang / Balu / Bercerai (tiada anak masih tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | Tidak lebih RM5,000 sebulan |
- Kategori Bujang :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 21 hingga 59 tahun atau OKU umur 19 tahun ke atas |
| Status Perkahwinan | Bujang / Balu / Bercerai (tiada anak) |
| Kadar Pendapatan | Tidak melebihi RM2,500 sebulan |
CARA MOHON STR 2027
Ikuti panduan lengkap cara mohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online seperti berikut :
- Layari laman Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
- Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
- Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
- Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
- Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
- Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
- Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
- “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota Penting : Bagi pemohon yang mempunyai masalah teknikal atau tidak boleh mengakses portal MySTR, boleh buat permohonan secara manual di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) terdekat.
JUMLAH BANTUAN STR 2027
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2027 mengikut kategoru penerima :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR 2027 |
|---|---|
| Isi Rumah B40 (Tiada anak) | RM200 |
| Isi Rumah B40 (1 – 2 anak) | RM600 |
| Isi Rumah B40 (3 – 4 anak) | RM1,100 |
| Isi Rumah B40 (Lebih 5 anak) | RM1,600 |
| Isi Rumah M40 (Tiada anak) | RM200 |
| Isi Rumah M40 (1 – 2 anak) | RM450 |
| Isi Rumah M40 (3 – 4 anak) | RM700 |
| Isi Rumah M40 (Lebih 5 anak) | RM950 |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM600 |
| Bujang | – (Diganti SARA) |
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.