MYSALAM SEMAKAN STATUS 2025 : CEK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

MYSALAM SEMAKAN STATUS 2025 : CEK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Tuntutan MySalam telah dilaksanakan sejak tahun 2019 lagi bagi memperkasa golongan berpendapatan rendah (B4) Skim Takaful Perlindungan Kesihatan Percuma di bawah Tabung Amanah MySalam yang kini diperluaskan lagi.

Bagaimanakah mysalam semakan status kelayakan penerima? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYSALAM SEMAKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

TUJUAN PEMBERIAN MYSALAM 2025

Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.

MANFAAT MYSALAM 2025

Bagi penerima mySalam yang disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam tersebut boleh menuntut manfaat bernilai sehingga RM8,000 sekali seumur hidup yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima.

Bagi penerima mySalam yang dimasukkan ke dalam hospital kerajaan, hospital universiti atau hospital tentera boleh menuntut wang tunai sebanyak RM50 sehari sehingga maksimum 14 hari bersamaan RM700 untuk hospitalisasi.

SYARAT KELAYAKAN MYSALAM 2025

Penerima mySalam adalah merupakan individu yang menerima bayaran bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah. Serta memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Kategori B40 dan ke bawah
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun
  • Individu bujang dan OKU berumur antara 40 hingga 65 tahun dengan pendapatan setahun kurang RM24,000

KAEDAH MYSALAM SEMAKAN STATUS 2025

Semakan status kelayakan MySalam boleh dibuat melalui dua (2) kaedah berikut :

  • Secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi MySalam; atau
  • Melalui Pesanan Ringkas SMS yang dikirim ke nombor telefon yang dikemaskini semasa permohonan Bantuan Kerajaan (STR).

PANDUAN MYSALAM SEMAKAN STATUS 2025

Berikut merupakan panduan Semakan Status MySalam secara online melalui pautan Portal Rasmi MySalam :

  1. Sila layari Portal Rasmi mySalam di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
  2. Halaman utama Portal mySalam akan dipaparkan.
  3. layarkan skrin ke bawah, pergi ke bahagian kanan di ruangan [Semak Kelayakan]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. Jika anda LAYAK maklumat akan dipaparkan:
    • “Anda LAYAK untuk Skim Perlindungan B40 mySalam. Kelayakan perlindungan adalah bagi tahun 2024 & 2025. Sila Log Masuk ke Portal untuk menghantar tuntutan”.
  7. Selesai.

LANGKAH TUNTUTAN MYSALAM PENYAKIT KRITIKAL

Ikuti langkah-langkah tuntutan MySalam bagi penyakit kritikal :

  1. Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan [Log Masuk Portal]
  4. Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
  5. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
  6. Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
  7. Klik Pada [Muat Turun Borang] dan [Download] Borang [Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor] – Penerima hendaklah rujuk Doktor atau Pakar yang merawat untuk lengkapkan maklumat borang tersebut.
  8. Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
  9. Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Penyakit Kritikal].
  10. Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
  11. Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan [Dokumen Kenyataan Doktor] -Borang yang dilengkapkan oleh Doktor pada no 7.
  12. Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
  13. Selesai.

LANGKAH TUNTUTAN MYSALAM HOSPITALISASI

Ikuti langkah-langkah tuntutan MySalam untuk hospitalisasi yang bernilai RM50 sehari sehingga RM700 14 hari seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan[Log Masuk Portal]
  4. Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
  5. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
  6. Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
  7. Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
  8. Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Hospitalisasi].
  9. Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
  10. Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan Salinan [Nota Discaj Hospital].
  11. Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MySalam, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.

Leave a Comment