MYKASIH SARA 2025 SEMAKAN : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM1200)
Bantuan demi bantuan akan disumbangkan pada tahun 2025 bagi membantu menyokong kadar kewangan rakyat khususnya golongan rentan yang mudah terbeban dan terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.
Bagaimanakah semakan status mykasih sara? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : MYSTR SEMAKAN STATUS : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU MYKASIH SARA 2025
MyKasih adalah telah diperkenalkan oleh NGO tempatan iaitu Tan Sri Dr Ngau Boon Keat bersama isterinya sejak 2009 untuk membantu golongan miskin tegar. Kemudian, Kerajaan Madani telah melancarkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih bagi membantu lebih ramai rakyat yang memerlukan.
JUMLAH SUMBANGAN MYKASIH SARA 2025
Bantuan MyKasih Sara akan disumbangkan kepada penerima mengikut jumlah seperti berikut :
- Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
RM1,200 setahun | RM1,200 setahun | RM600 setahun |
- Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
RM900 setahun | RM450 setahun | Tiada Peruntukan |
TEMPOH SUMBANGAN MYKASIH SARA 2025
Tempoh sumbangan Bantuan MyKasih Sara bagi tahun 2025 adalah selama :
STATUS PENERIMA | TEMPOH SUMBANGAN MYKASIH SARA |
---|---|
Miskin dan Miskin Tegar | Selama 12 bulan (Januari sehingga Disember 2025) |
Asas Bukan Miskin | Selama 9 bulan (April sehingga Disember 2025) |
MYKASIH SARA 2025 SEMAKAN
Ikuti panduan semakan status sebagai penerima Bantuan MyKasih Sara bagi sepanjang tahun 2025 :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di pautan ini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tiada Rekod’.
- Selesai.
Atau buat semakan seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bantuan SARA akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
CARA SUMBANGAN MYKASIH SARA 2025
Bantuan MyKasih Sara akan disumbangkan kepada penerima setiap negeri melalui cara seperti berikut :
- Negeri-negeri Di Semenanjung Malaysia :
- Dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) dan tidak boleh membuat pengeluaran tunai.
- Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima dua kali setahun atau diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan boleh dibelanjakan untuk apa sahaja transaksi.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan myKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.
Baik untuk rakyat Malaysia yg kurang pendapatan harian..mingguan atau bulanan..Dan untuk meringankan beban Sara hidup yg tinggi masa kini
Meringan beban Sara hidup yg tinggi masakini..Dan pengguna yg kurang kemampuan untuk pembayaran setiap bulan
Aku tidak dapat bantuan sara hidup