MY KASIH BARANG DAPUR : 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN DAPAT)
Barangan dapur sangatlah penting untuk kelangsungan hidup manusia sehari-hari. Namun, harga barangan dapur tidak menentu dan sukar untuk dikawal. Oleh itu, bagi membantu menampung kos perbelanjaan barangan dapur, program myKasih Bantuan Barang Dapur akan diteruskan pada tahun 2025.
Bagaimanakah semakan status my kasih barang dapur layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN B40 SEMAKAN : SENARAI PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
KADAR AGIHAN MY KASIH BARANG DAPUR
Untuk pembelian barangan dapur, myKasih akan menggagihkan bantuan setiap bulan dengan kadar sebanyak :
BIL. | KATEGORI PENERIMA | KADAR AGIHAN BARANG DAPUR |
---|---|---|
1. | Isi Rumah | Miskin & Miskin Tegar : RM100 sebulan Asas Bukan Miskin : RM100 sebulan |
2. | Warga Emas | Miskin & Miskin Tegar : RM100 sebulan Asas Bukan Miskin : RM50 sebulan |
3. | Bujang | Miskin & Miskin Tegar : RM50 sebulan Asas Bukan Miskin : Tiada |
JADUAL AGIHAN MY KASIH BARANG DAPUR
Berikut merupakan jadual agihan Bantuan Barang Dapur di bawah program myKasih bagi tahun 2025 :
PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
CARA AGIHAN MY KASIH BARANG DAPUR
Bantuan Barang Dapur bukanlah diagihkan secara fizikal, namun kerajaan akan mengkreditkan bantuan ke dalam kad pengenalan penerima dan boleh digunakan hanya untuk pembelian barangan dapur secara tanpa tunai (cashless) di mana-mana kedai atau pasaraya yang berhampiran dengan penerima di seluruh Malaysia.
SENARAI BARANG DAPUR TERPILIH
Terdapat 10 barangan dapur yang boleh dibeli dengan Bantuan myKasih mengikut senarai yang terpilih seperti di bawah :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
SEMAKAN STATUS MY KASIH BARANG DAPUR
Untuk mengetahui status anda layak atau tidak menerima Bantuan Barang Dapur setiap bulan, ikuti panduan semakan status di pautan portal rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tiada Rekod Maklumat’.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.