EKASIH SEMAKAN RM100 : 2025 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

EKASIH SEMAKAN RM100 : 2025 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Program-program pembasmian kemiskinan adalah merujuk kepada pangkalan data eKasih yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan bantuan yang diterima.

Bagaimanakah ekasih semakan rm100 layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MY KASIH BARANG DAPUR : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN DAPAT)

APA ITU EKASIH RM100

eKasih bukanlah program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Bantuan RM100 yang bakal disalurkan adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan daripada kerajaan Madani yang diberi nama sebagai Bantuan SARA khas untuk yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih.

EKASIH SEMAKAN RM100

Bagi yang telah mendaftar dengan eKasih boleh membuat semakan status pendaftaran seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Seterusnya, untuk mengetahui status sebagai penerima Bantuan RM100 setiap bulan, ikuti panduan semakan status di pautan berikut :

  1. Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status ‘Bantuan Tambahan RM100′ (SARA) akan dipaparkan.
  14. Selesai.

KAEDAH EKASIH RM100 DISALURKAN

Bantuan yang bernilai RM100 akan disalurkan kepada yang tersenarai di dalam pangkalan data eKasih secara tanpa tunai (cashless) melalui akaun yang dibuka berdasarkan kad pengenalan yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan dan tidak boleh membuat pengeluaran tunai.

TARIKH EKASIH RM100 DISALURKAN

Penyaluran Bantuan bernilai RM100 adalah mengikut tarikh seperti berikut :

JENIS PENERIMATARIKH PENYALURAN
RM100
Penerima Berdaftar Dengan eKasihSetiap bulan :
** Januari 2025
sehingga
** Disember 2025
Penerima Tidak Berdaftar eKasihSetiap bulan :
** April 2025
sehingga
** Disember 2025
*Tarikh akan dikemaskini semula apabila kerajaan telah mengumumkannya secara rasmi.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan eKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

1 thought on “EKASIH SEMAKAN RM100 : 2025 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment