MOHON STR 2026 FASA 3 – PANDUAN LENGKAP & TARIKH AKHIR PERMOHONAN BAHARU

MOHON STR 2026 FASA 3 – PANDUAN LENGKAP & TARIKH AKHIR PERMOHONAN BAHARU

Hari ini merupakan hari terakhir untuk permohonan baharu bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 3 tahun 2026. Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan, boleh membuat permohonan dengan segera.

Bagaimanakah cara mohon str 2026 fasa 3? Ikuti Info lanjut di sini.

Baca juga: PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 3 2026 – PANDUAN LENGKAP

TARIKH AKHIR PERMOHONAN BAHARU STR 2026

Permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 3 2026, boleh di mohon sehingga tarikh berikut :

JENIS PERMOHONANTARIKH AKHIR PERMOHONAN
Permohonan Baharu
STR FASA 3 2026
15 Jun 2026, Isnin

SYARAT KELAYAKAN MOHON STR 2026 FASA 3

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :

  • Isi Rumah :
    • Berkahwin (Ada dan Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak)
    • Tiada had umur;
    • Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah;
  • Warga Emas Tanpa Pasangan :
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak);
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang :
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak);
    • Berumur 21-59 tahun;
    • Berumur 19 – 59 tahun (Orang Kurang Upaya/OKU);
    • Pendapatan Bulanan RM2,500 dan ke bawah;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

JUMLAH BANTUAN STR 2026

Kadar Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUN
Isi Rumah
berpendapatan RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM700
Anak 1 hingga 2 : RM1,200
Anak 3 hingga 4 : RM1,700
Anak 5 dan Ke atas : RM2,200
Isi Rumah
berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM450
Anak 3 hingga 4 : RM700
Anak 5 dan Ke atas : RM950
Warga Emas Tiada Pasangan
(Berumur 60 tahun dan ke atas)
RM600
Bujang
(Berumur 21-59 tahun)
Bayaran digantikan Bantuan SARA :
RM50 Setiap Bulan

Kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 3 belum diumumkan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

CARA MOHON STR FASA 3 2026 ONLINE

Panduan lengkap permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 3 adalah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda.
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

SEMAK STATUS PERMOHONAN STR 2026

Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 3 boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Layari portal rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Klik pada bahagian (Status Permohonan STR);
  11. Status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
  12. Selesai.

KAEDAH BAYARAN STR 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
    • Tiada Maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026

Leave a Comment