SEMAK BAKI SARA 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA CHECK BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD

SEMAK BAKI SARA 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA CHECK BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD

Baki kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan SAH digunakan sehingga akhir tahun 2026.

Bagaimanakah cara semak baki sara dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK STATUS MYSARA 2026 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA

Kelayakan penerima SARA 2026 adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

KAEDAH SEMAK BAKI SARA

Terdapat beberapa cara untuk semak baki SARA, antaranya :

  • Semakan secara online di Portal SARA;
  • Semakan di Aplikasi MyKasih;
  • Semakan di Kaunter Pembayaran kedai berdaftar SARA;
  • Semakan di Resit Pembelian barang SARA.

SEMAK JUMLAH BAYARAN SARA

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 adalah seperti berikut :

  • Penerima Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMAAMAUN BULANANTOTAL SETAHUN
Isi RumahRM200 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM2,400
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM1,800
BujangRM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM1,
  • Penerima Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMAAMAUN BULANANTOTAL SETAHUN
Isi RumahRM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM1,200
Warga Emas Tiada PasanganRM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM600
BujangRM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM600

SEMAK BAKI SARA ONLINE

Baki SARA dalam MyKad boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA)
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir 31/12/2026
Baki (RM)100.00

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment