PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : CARA MOHON SECARA ONLINE (PANDUAN LENGKAP)

PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : CARA MOHON SECARA ONLINE (PANDUAN LENGKAP)

Sebilangan golongan berpendapatan rendah (B40) tentunya merasa terbeban dengan kos bayaran untuk memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM). Oleh itu, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan program Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) sejak tahun 2023.

Bagaimanakah permohonan lesen memandu percuma secara online? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH BAYARAN STR FASA 2 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) adalah khas untuk individu yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 16 tahun sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
  • Merupakan pelajar sekolah / institut pengajian tinggi / golongan belia.
  • Terbuka kepada Golongan B40 dan Tanggungan (anak).
  • Sihat dari segi Fizikal dan Mental.
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.

PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Ikuti panduan permohonan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) secara ringkas berikut :

  1. Layari Portal Rasmi JPJ, dan CETAK borang permohonan lesen percuma : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama.
  2. Isi borang permohonan yang disediakan dengan lengkap.
  3. Sertakan sekali dokumen lengkap yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.
  4. Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.
  5. Apabila permohonan diluluskan. Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
  6. Selesai.

*Nota : Bagaimanapun, pelaksanaan Bantuan MyLesen B2 (Lesen Percuma) bagi setiap negeri adalah berbeza dan permohonan setiap negeri masih belum dibuka pada tahun ini.

TARIKH PELAKSANAAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Pelaksanaan Program Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) kebiasaanya berlangsung dari bulan Februari sehingga Oktober atau sehingga kuota penuh (seperti tahun lalu). Namun, pada tahun ini, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih belum mengumumkan tarikh pelaksanaan yang rasmi.

*Nota : Tarikh pelaksanaan yang terbaru akan dikemaskini apabila sekiranya pihak berkuasa telah mengumumkannya secara rasmi.

KESAN PELAKSANAAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Pelaksanaan Program MyLesen B2 (Lesen Percuma) dapat memberi kesan positif kepada rakyat :

  • Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motoksikal yang kompeten.

NOTA TAMBAHAN PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Berikut merupakan nota tambahan bagi permohonan Lesen Percuma (MyLesen B2) :

  • Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOp) yang ditetapkan.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyLesen B2, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama.

Leave a Comment