SEMAK BAYARAN SKAS 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA FASA 3
Bantuan kewangan Kerajaan Negeri Sarawak, program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) diteruskan khus untuk membantua mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Sarawak khususnya bagi golongan berpendapatan rendah
Sekiranya anda ingin mengetahui status kelayakan dan tarikh kemasukan kredit, artikel ini menyediakan panduan penuh semak bayaran SKAS 2026 bagi penyaluran Fasa 3.
Bagaimanakah semak bayaran skas 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN STATUS MY SARA : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN 2026
RINGKASAN TARIKH BAYARAN SKAS 2026
Penyaluran bantuan SKAS dibagikan secara berperingkat sebanyak 3 fasa setahun, seperti berikut :
| FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN | STATUS BAYARAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | 10 Mac 2026 | Selesai |
| Fasa 2 | 15 Mei 2026 | Selesai |
| Fasa 3 | 10 November 2026 | Akan Datang |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SKAS
Penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 mestilah terdiri daripada :
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
Kriteria & Kelayakan
| KATEGORI PENERIMA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Bekahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda; Mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; Tiada had umur |
| Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang) | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda; Tiada Anak; Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; Had umur 60 tahun dan ke atas |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda Tiada Anak/Tanggungan Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; Had umur adalah 21-59 tahun; atau Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa |
Catatan : Untuk makluman, tiada borang permohonan baharu atau rayuan dibuka untuk SKAS 2026. Senarai nama penerima dimuktamadkan secara automatik berdasarkan pangkalan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
JUMLAH BAYARAN SKAS 2026
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan diagihkan kepada penerima untuk setiap tiga (3) fasa bayaran dengan jumlah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|---|---|
| Isi Rumah | RM316 | RM424 | RM360 | RM1,100 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM166 | RM234 | RM200 | RM600 |
| Bujang | RM100 | RM150 | RM125 | RM375 |
SEMAK PENERIMA BAYARAN SKAS 2026
Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan SKAS 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
- Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility].
- Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan [Nombor MyKad] atau [MyKad Number].
- Kemudian, klik [Cari] atau [Search].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima bantuan SKAS mengikut contoh seperti berikut :
| Nama (Name) | Ali Bin Abu |
| Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number) | XXXXXX-XX-XXXX |
| Status | Layak (Eligible) |
| Kategori SKAS (SKAS Category) | Isi Rumah (Household) |
| Jumlah SKAS (SKAS Value) | RM1,100 |
INFO LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Pusat Talian Khidmat : +6082-555999
- e-Mel : [email protected]
- Laman Rasmi : https://service.sarawak.gov.my/
Penafian : Penulisan ini disediakan untuk tujuan panduan umum sahaja berdasarkan sumber sahih di Portal Rasmi Sarawak https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/ bagi tujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan info terkini berkaitan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak. Pihak kami tidak meminta sebarang maklumat peribadi pembaca. Sebarang semakan kelayakan rasmi mestilah dilakukan secara terus menerusi Portal Rasmi Sarawak (service.sarawak.gov.my).