KEMASKINI BANTUAN STR ONLINE (2025)
Terkini! Permohanan bantuan STR 2025 telahpun dibuka pada Oktober yang lepas. Kepada yang belum membuat pengemaskinian maklumat, dan mempunyai sebarang pertukaran maklumat terkini hendaklah membuat kemaskini maklumat terkini dengan kadar segera untuk melancarkan proses bayaran bantuan.
Walaupun pengemaskinian boleh dilakukan sepanjang tahun, namun untuk pembayaran STR Fasa 1 2025, tarikh akhir permohonan adalah 30 November 2024. Bagi mengelakkan permohonan berstatus tidak lulus, anda hendaklah kemaskini maklumat dengan segera jika terdapat sebarang perubahan maklumat permohonan.
Berikut dikongsikan maklumat dan panduan lengkap mengenai pengemaskinian bantuan STR.
Bagaimanakah kemaskini bantuan str secara online 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN BANTUAN STR ONLINE (2025)
CARA KEMASKINI BANTUAN STR 2025
Kemaskini maklumat Permohonan STR boleh dibuat seperti berikut:
- Secara online di Portal Rasmi STR LHDNM di pautan, https://bantuantunai.hasil.gov.my ; atau
- Penghantaran Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC)
PANDUAN KEMASKINI BANTUAN STR ONLINE
Panduan lengkap kemaskini STR 2025 secara atas talian seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Klik butang Log Masuk.
- Sahkan kod keselamatan dan masukkan kata laluan anda. Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Untuk sebarang perubahan maklumat asas, pilih menu “Perubahan Maklumat Asas”.
- Kemaskini maklumat asas seperti berikut dengan maklumat terkini:
- No. Telefon Rumah
- No. Telefon Bimbit
- Maklumat Alamat Surat Menyurat
- Alamat e-Mel
- Maklumat No Telefon Pasangan
- Maklumat Waris
- Kemudian, klik “Simpan”.
- Selesai.
TARIKH KEMASKINI
Kemaskini maklumat permohonan bantuan STR boleh dilakukan bermula 19 Oktober 2024, dan SEPANJANG TAHUN 2025.
SYARAT KEMASKINI BANTUAN
Pemohon yang diwajibkan untuk mengemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
- Kepada yang belum kemaskini 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BKM 2022, STR 2023 dan 2024 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbangkan.
- Kepada yang mempunyai perubahan maklumat terkini.
- Kategori Warga Emas dan Pedalaman, sekiranya mempunyai perubahan maklumat terkini.
JUMLAH BANTUAN
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1000 Anak 1-2 : RM 1500 Anak 3-4 : RM 2000 5 dan keatas: RM 2500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]