KADAR DUIT BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026 : CHECK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK FASA 1
Pendapatan setiap orang pastinya berbeza dan jumlah tanggungan anak juga berbeza. Oleh itu, Kerajaan akan memberikan kadar bayaran Bantuan Tunai STR berbeza berdasarkan kelayakan setiap orang.
Bagaimanakah cara check kadar duit Bantuan Tunai STR dibayar 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA KIRA DIVIDEN ASB 2025 : UNTUK ASB LOAN 100K, 200K, 50K (PANDUAN LENGKAP)
CARA DUIT BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026
Duit Bantuan Tunai STR akan dibayar kepada penerima melalui cara-cara berikut :
- Dibayar tunai bersemuka di kaunter bank :
- Bagi individu yang tiada maklumat akaun bank yang aktif atau individu yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak perlu mengambil Bantuan Tunai STR secara bersemuka di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
atau
- Dikreditkan tunai tanpa bersemuka dalam akaun bank :
- Bagi individu yang mempunyai maklumat akaun bank yang aktif serta memasukkan dalam permohonan akan terima Bantuan Tunai STR dalam akaun bank secara berperingkat.
KADAR DUIT BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026
Berikut merupakan kadar duit Bantuan Tunai STR yang akan dibayar untuk tahun 2026 kepada setiap kategori penerima :
- Kategori Penerima Isi Rumah :
| BANTUAN TUNAI STR (ISI RUMAH B40) | BANTUAN TUNAI STR (ISI RUMAH M40) |
|---|---|
| Tiada anak : RM700 | Tiada anak : RM200 |
| 1 – 2 anak : RM1,200 | 1 – 2 anak : RM450 |
| 3 – 4 anak : RM1,700 | 3 – 4 anak : RM700 |
| 5 anak ke atas : RM2,200 | 5 anak ke atas : RM950 |
- Kategori Penerima Bujang :
| BANTUAN TUNAI STR (BUJANG 60 TAHUN KE ATAS) | BANTUAN TUNAI STR (BUJANG 21 – 59 TAHUN) |
|---|---|
| RM600 | Diganti Bantuan SARA |
JADUAL DUIT BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026
Pembayaran duit Bantuan Tunai STR akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut jadual seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR |
|---|---|
| Fasa 1 | Februari 2026 Mungkin Sebelum Tahun Baru Cina |
| Fasa 2 | Mac 2026 Mungkin Sebelum Raya Aidilfitri |
| Fasa 3 | Ogos 2026 Mungkin Sebelum Merdeka |
| Fasa 4 | November 2026 Mungkin Sebelum Deepavali |
CHECK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI STR 2026
Ikuti cara check kelayakan sebagai penerima Bantuan Tunai STR seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Bantuan Tunai STR di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi Bantuan Tunai STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]